The Specials
The Specials merupakan sebuah band Two-Tone Ska yang di tubuhkan pada 1977 di Coventry, UK. Band yang membawa Ska, Rocksteady dan Reggae, dicampurkan dengan energi dan karekteristik dari punk. Dianggotai oleh Terry Hall, Jerry Dammers, Neville Staples, Lynval Golding, Horace Panter dan Roderick James Byers. Antara lagu - lagu hit mereka adalah Gangsters, Rat Race, Do The Dog, Ghost Town, Nelson Mandela dan selebihnya adalah lagu-lagu cover dari artis Ska yang terdahulu...
Ingat tak pada entri Music Box #5 - Derrick Morgan dimana dia merupakan antara penggiat Ska gelombang pertama (1st wave Ska)? The Specials pula adalah salah satu band Ska pada gelombang yang ke 2, dikenali juga sebagai Two Tone Ska. Berpakaian ala Mod 1960an dan Rudeboys dari Jamaica menarik minat golongan pergerakan Mod Revival, Punk Dan Skinhead.
Watak 'Walt Jabsco' si Rudeboy dan corak check hitam putih adalah simbolik dari penyatuan orang kulit putih dengan kulit hitam. |
Mengapa ia dinamakan Two Tone ? Kerana pada awal pembabitan mereka di tahun 1977 berlakunya permusuhan dan berbezaan fahaman di antara kaum kulit putih dengan kulit hitam yang sangat kritikal. Mereka antara band dan pergerakan yang tidak menyokong dan tidak mahu terlibat dengan perbalahan antara kaum ini lalu wujudlah pergerakan Two Tone, dimana mereka mengajak untuk bersatu dan menjauhkan persengketaan kaum melalui muzik mereka.
The Specials masih aktif sehingga kini...... |
Mereka membuat 'tour' sambil menyampaikan mesej unity dan jauhi diskriminasi perkauman, ini adalah kerana anggota band mereka ada yang berkulit hitam, menunjukkan semangat setiakawan dan tidak berat sebelah kepada manusia berkulit berlainan warna.
Music Box kali ini mempersembahkan The Specials dengan lagu mereka:
Gangsters
The Specials ni aku respect la dari dulu sampai skrg...budak2 dari Corumn 80 pun follow sound diorang...diorang ni antara band ska 2nd wave yg berjaya dlm scene muzil ska.
ReplyDeleteAntara band yang berani membawa sesuatu yang fresh pada zaman mereka, kerana industri muzik zaman itu demonopoli oleh penerbit - penerbit yang mengeluarkan lagu - lagu dan band tangkap muat sahaja.....
ReplyDelete