Fashion 60an, Psychedelic . |
Good Day Mates! Pada entri kali ini aku akan bentangkan apakah aksesori - aksesori yang dipakai oleh seorang Mods, hanya untuk melengkapkan citarasa fesyen mereka dan ianya bersesuaian dengan apa dipakai oleh mereka. Mari kita lihat satu persatu:
Cufflink adalah antara aksesori yang penting, jika memakai kemeja lengan panjang. seperti gambar di sebelah, cufflink kebiasaannya dipakai pada pergelangan tangan pada baju kemeja ( yang mana ada tersedia lubang untuk kancing cufflink ). Jika baju kemeja mempunyai 'French Cuff', ia akan menampakkan lagi cufflink tersebut.
Tie Clip / Tie Pin atau Tie Bar, diselitkan diantara tali leher dan baju kemeja. Ini adalah untuk mengemaskan kedudukan tali leher itu dan untuk mengurangkan pergerakan tali leher itu sendiri.
Collar Bar, jika dilihat pada gambar ini ianya dipakai diantara kolar untuk mengukuhkan kedudukan tali leher dan kekemasan pada kolar agar ia tidak kelihatan senget atau tidak seimbang.
Braces (UK)/Suspenders (US), tali getah yang dipakai untuk menggantikan tali pinggang. Ianya adalah untuk memegang seluar yang agak longgar atau besar tetapi ia tetap satu ikon fesyen yang kekal hingga kini. Skinhead juga memakai braces ini. Ia adalah simbol kepada golongan kelas yang bekerja.
Scarf, waktu panas atau sejuk ia tetap satu fesyen yang relevan kepada kedua - dua cuaca. Biasanya scarf ini mempunyai corak Paisley, College scarf dan macam - macam jenis ( asalkan ianya kelihatan 'smart').
Cravat Tie atau Ascot Tie, aksesori yang elegan dan menawan ini juga adalah alternatif bagi menggantikan tali leher biasa. Ianya berbentuk hampir sama seperti scarf tetapi ianya dipakai dengan melilit di tengkuk dan kemudian di selitkan kedalam kemeja.
Itu adalah diantara aksesori pelengkap gaya lelaki sejati. Ianya pada aku perlu juga untuk dimiliki kerana ia akan menambah daya penarik orang sekeliling kita. Pasti akan datang seseorang menanyakan 'benda' yang anda pakai. Kerana ianya cool!
No comments:
Post a Comment