'The Society Of Cool', membentangkan tentang individu - individu yang membawa obor Mods, dan fesyen yang 'preppy', 'dandy' dan 'sharp' di serata dunia, dari tahun awal kelahirann Mods hingga ke masa kini. Aku akan menceritakan tentang personaliti, celebriti dan artis dan juga pakaian yang diperagakannya. Dan ini contoh bagaimana seorang lelaki maskulin sepatutnya berpakaian, pada pendapat aku.
Liam Gallagher
Kalau sebut je nama mamat ni mesti korang dah agak siapa yang aku maksudkan.... William John Paul "Liam" Gallagher, frontman pada band lagenda Britpop, Oasis...Oasis bubar kemudian dia menubuhkan band Beady Eye. Seorang penulis lagu dan penyanyi yang ber- perwatakan "kerek" dan biadab ini menjadi seorang rockstar yang selamba, tidak mengambil endah tohmahan, cacian dan hinaan orang sekeliling, janji dia popular.
Logo rasmi Pretty Green |
Selain kariernya dalam bidang nyanyian, dia juga mula meminati bidang perniagaan lalu muncullah Pretty Green, sebuah syarikat pakaian yang banyak memberi tumpuan kepada fesyen retro dan Mod...Agak mahal juga harga pakaian Pretty Green ini, Liam pernah mengeluarkan statement yang berbunyi " Bukan calang - calang orang yang datang membeli belah di Pretty Green"...Paul Weller dan Eddie Piller adalah diantara 'customer'nya....
Sudah! Berbalik kepada tujuan asal..... gambar diatas ini dia memperagakan salah satu pakaian jenamanya Pretty Green, Trenchcoat (jacket yang labuh melebihi paras bawah pinggul) berwarna krim berkolar besar, biasanya diangkat tinggi, scarf polka dot berwarna merah, baju tidak kelihatan disini, berseluar jeans ( mungkin dari label yang sama) dan akhir sekali Desert Boots Pretty Green yang berwarna putih! Agak casual dan bersahaja...jika dilihat wajah Liam itu sendiri menujukkan 'attitude'nya yang bersahaja menampakkan 'cool'nya yang tersendiri. Boleh bayangkan harga kesemua attire tu tak, agak - agak berapa ribu Pound Sterling???

No comments:
Post a Comment