Wednesday 30 January 2013

Music Box #1 - Siti Zaiton

Salam Sejahtera, di hari yang indah ini aku akan mula dengan entri baru iaitu Music Box. Lagu - lagu pilihan   dari zaman - zaman nostalgik dan juga era yang baru akan dimasukkan ke sini untuk santapan anda semua. Aku akan cuba cari dan masukkan sedikit info untuk pengetahuan korang juga.Yang penting kita Enjoy!

Siti Zaiton 




Siti Zaiton merupakan salah seorang penyanyi pujaan ramai era 60-an / 70-an yang sering mendendangkanlagu-lagu di radio Malaysia.

Ketika itu pengaruh kumpulan The Beatles dari England telah mewujudkan irama pop yeh-yeh dari 1965 hingga 1971. Istilah ""pop yeh-yeh"" telah diambil dari judul lagu popular The Beatles, (She Loves You - Yeh, Yeh, Yeh). Penyanyi pada zaman 1960-an biasanya diiringi oleh kumpulan kugiran seperti The Hornets, The Twilites dan ramai lagi yang seangkatan denganya.


Jadi ini adalah salah satu dari lagu yang dinyanyikan olehnya bersama dengan band The Hornets.


Alam Seni - Siti Zaiton And The Hornets



Tuesday 29 January 2013

Dedicated Follower Of Fashion #3

" An Aphorism For Clean Living Under Difficult Circumstances."


 Mungkin tak ramai tahu tentang falsafah ini, maknanya adalah " Sebuah Kenyataan Dalam Kehidupan Yang Bersih/Kemas Dibawah Keadaan Yang Rumit", ataupun "Dalam Kesusahan Ada Kesenangan" ........yang mane - mane senang korang fahamlah.

 Ia menerangkan tentang kehidupan golongan Mods yang sebenarnya susah, tak semua Mods itu kaya
 ( kebanyakannya dari golongan yang bekerja )dan kenapa diorang jadi Mods adalah kerana mereka hendak menonjolkan atau membuktikan ( sebuah revolusi ) diri mereka juga mampu jadi seperti golongan atasan, yang kaya raya, yang elit ( living in the fast lane ) dengan berpakaian yang dekat - dekat nak serupa dengan orang - orang  kaya cuma ade keunikan mereka yang tersendiri.

Perbezaan Yang Ditonjolkan Oleh Seorang Mod.


 Pokok pangkalnya, idea kreatif itu datang dari individu itu sendiri supaya jadi berbeza dari orang lain 
( falsafah yang kemudiannya di pakai oleh sub-budaya yang lain e.g. Punk)  Tidak kiralah dari segi ketrampilan, seni dan muzik....budaya ini banyak membawa perubahan kepada zaman 60'an itu.

 Bagi aku, menjadi seorang Mods itu kita tidak perlulah berbelanja dengan membeli pakaian yang terlalu mahal, sedangkan yang murah juga tidak kurang hebatnya, bagus serta berkualiti.... yang penting kita tahu membuat padanan gaya dan ianya nampak 'mahal'. 

Ada seorang rakan bagitahu aku "orang kalo nampak ko pakai ape2 pun nampak mahal"....kenapa? Sebab kita pandai memilih dan padankan pakaian yang sesuai, kemas dan elegan, menyerlah dan unik. Padahal aku tak ada lah belanja banyak mane pun ( aku kerja menyara diri dan anak bini )..... jadi kita kena pandai dalam memilih dan menilai....yang mane lebih baik, kualiti atau kuantiti....

Fesyen zaman sekarang ni banyak dah yang aku tak berapa berkenan....orang lebih suka simple dengan berpakaian t-shirt dan jeans sahaja, terlalu mengikut trend ( aku dulu pun macam tu jugak )... Apa kata kalo aku cadangkan korang sekali - sekala serlahkan kelainan sedikit...pasti ade yang memandang korang kerana berketrampilan kemas, segak dan bergaya ( termasuk yang perempuan ) walaupun tak kaya raya..... biar papa ( jangan lah papa sangat sebab tu lah kena KERJA!), asal bergaya!







Monday 28 January 2013

Aku . Camera Dan Filem Basi part 3

Hello everyone, aku baru balik dari kampung, mencari ketenangan seketika... Setelah penat dan keringat dalam melaksanakan tugas2 di pejabat minggu lalu.


Kebetulan aku singgah di rumah orang tua ku, menjenguk keadaan mereka dan keadan rumah..... mengintai sebentar di kamar yang dahulunya dihuni oleh aku suatu ketika dahulu.... Aku membuka lemari bilik, dan di situ terletak beberapa filem yang masih belum dicuci....

Ade lagi gambar2 lain nanti... on the way...korang tengoklah sendiri yang ni dulu ye...


Friday 25 January 2013

Dedicated Follower Of Fashion #2

"They seek him here, they seek him there,His clothes are loud, but never square.It will make or break him so he's got to buy the best,Cause he's a dedicated follower of fashion." - The Kinks



Dalam lirik lagu ini ternyata golongan Mods adalah mereka yang fanatik kepada pakaian, dalam erti kata lain, mereka lebih cenderung dengan pemakaian yang bukan setakat tampil segak bergaya sahaja, tetapi kekemasan dan setiap penilaian kepada baju itu juga diambil kira. Tidak kisah lah baju apa yang diperagakan, tapi harus kemas dan harus padan dengan pemakainya. Memang tidak dinafikan yang teratas sekali ialah mereka menuruti asal - usul pemakaian Mods era 60'an secara tradisinya , tetapi kita boleh menggubah, mereka dan mempersembahkan idea - idea baru secara individual dan mengikut peredaran masa.



Bagi aku, aku telah menyatakan bahawa aku bukan 100% purist Mod, aku tak ada skuter tetapi tidak bermakna aku tidak tahu menahu tentang ape itu Mods secara keseluruhannya.... Mods itu luas defenisinya, bukan setakat kita baca di buku dan dengar dari orang lain dan berkata itulah yang sebenarnya Mods...sudah tentu bertentangan dengan idea, konsep dan persepsi Mods itu sendiri. Kita harus keluar dari kepompong undang - undang purba Mods terdahulunya dan memulakan sesuatu yang 'revival'. Adaptasi dari Mod lampau dan campur aduk dengan yang baru, kita tak akan lari dari definisi tersebut...

The Small Faces


Aku taklah nak kata pandai sangat pun....lagipun aku buat research ( bukannya masuk mane2 university dan buat tesis tentang 'Modology'...), memang benar ape yang aku pernah terbaca di sebuah forum Scootering.com.my :

 "Seorang mods juga perlu mengetahui genre-genre muzik lain seperti soul dan motown music, mempunyai pengetahuan yang luas berkenaan setiap falsafah mods dan kehidupan di tahun 60an. Kalau setakat hafal lagu-lagu The Who dan OCS ( Ocean Colour Scene ) sahaja tapi bila bertanya pasal the ronnettes dan the supremes dia geleng kepala baik tak payah jadi mods (heheheh). Kalau tanya pasal "Shark Skin Fabric" atau "Three Button Suit" dia cakap syarikat minuman ringan, baik tak payah jadi mods." 

Ye, ade benarnya disitu...tetapi kalau difikirkan...terlalu "retro" dengan kenyataan yang diberikan. Falsafah Mods sebenarnya adalah dengan memandang ke depan, daripada pandang ke belakang...dan aku guna pakai falsafah itu untuk hidup aku juga, harus pandang ke depan.... Dan satu lagi, aku ingatkan diri aku untuk tidak taksub dengan ideologi2 yang melampau, asalkan aku tahu mana aku patut ambil dan mana aku tak patut ambil, aku hanya sekadar memberi pendapat ......sekurang - kurangnya kita TAHU.

Thursday 24 January 2013

Dedicated Follower Of Fashion #1

Pada perkenalan lalu Pocket Squares Rocket Flares, aku menceritakan tentang konsep blog design  yang ade kena mengena dengan satu sub-budaya iaitu Mods atau Modernist... Kali ini aku akan mengupas tentang apakah sebenarnya Mods ni.


Mods atau Modernist adalah satu budaya yang berasal dari UK sekitar awal 1950an hingga ke pertengahan 1960an, dimana pada awalnya mereka minat kepada muzik Modern Jazz, di ikuti dengan muzik kulit hitam seperti R&B, Soul, Jamaican Ska dan Beat Music. Pihak media pada zaman itu menggunakan istilah Mods sebagai sesuatu yang berkait rapat dengan sesuatu yang popular, tidak kira dari segi fesyen, seni, muzik atau perkara yang mencetuskan idea2 yang modern.

Mods era 60an
Mereka suka pada produk2 baru dan segar pada zaman itu contohnya membeli dan menunggang skuter buatan Itali seperti Vespa atau Lambretta kerana ianya dianggap salah satu icon pemodenan... Suka memperaga pakaian2 casual tampak segak dan bergaya seperti suit jacket dan coat serta kasut dari Itali dan Perancis kerana pada waktu itu pembuatan dan penggerak fesyen dipelopori oleh negara2 tersebut.





Selepas era 60'an berakhir, di sekitar pertengahan 1970an pula muncul golongan muda yang baru, mewujudkan dan memperbaharui istilah dan interpretasi modernisme itu sendiri. Mengambil idea dari idea modernisme era 60an lalu, mereka mengadaptasi pakaian, muzik dan kesenian dengan memperbaharui melalui cara mereka. Dan ia kekal berterusan sehingga kini.

Mods, zaman sekarang.

Macam mana dengan budaya itu di Malaysia, pernah ke kena tempiasnya? In fact yes, memang ada.... tapi budaya Mods atau popular ini lebih dikenali dengan budaya Pop Yeh Yeh, sekitar tahun 60'an...Konsepnya sama sahaja, cuma ianya bukan budaya Mods.Yang paling mengejutkan aku...ade pulak nama band The Mods dalam filem A-Go-Go 67!!!

Kugiran zaman Pop Yeh Yeh


Mereka juga memiliki skuter Vespa dan Lambretta, bezanya antara Mods Dan Pop Yeh Yeh ialah mods lebih dikenali dengan skuter mereka yang penuh dengan aksesori seperti cermin sisi dan 'fog lights' yang banyak, serta ade beberapa modifikasi lain, Pop Yeh Yeh tiada benda2 macam tu. Mereka lebih suka menyonteng skuter mereka dengan puisi atau mendeklamasi sajak sebagai 'seni'.....




Nak selit jugak...





Berjela - jela kalo nak diceritakan....tapi setakat ni sahaja lah aku boleh kongsi dengan korang. Apa yang aku nak bangkitkan ialah aku mengadaptasi dari idea2 mods ni seperti pakaian, muzik dan seni.... Aku mengaku aku bukanlah 100% purist Mod...aku tahu asal usul aku....siapa mengaku dia pure and true Mod... Maknanya mereka pernah hidup di sekitar 60an lah.....




Penat sudah korang baca? Nah tengoklah video klip ni sebagai hadiahnya....








Aku . Camera Dan Filem Basi part 2

Salam Maulidur Rasul.... Segala pujian bagi Allah, Selawat Dan Salam Keatas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W.


Pada entri pertama tentang tajuk ini , aku pernah tunjukkan hasil cucian filem yang ditangkap melalui Lomocam Fisheye.... cantik bukan? Camera yang menggunakan filem 35mm dan analog itu menghasilkan effect2 yang agak, pelik tetapi unik. Aku suka sangat camera ni....sayangnya camera ini tidak bersama aku lagi...tapi masih banyak filem2 yang belum dicuci...Insy'Allah nanti bila aku cuci akan aku post kan pada entri di masa hadapan.

Tatkala mengenangkan kehilangan Fisheye kesayangan, hadir pula pengganti.... sebuah hadiah yang tidak ternilai harganya...hadiah yang kuterima dari sahabat baik aku.....dulu kala sama2 'outing' mencari lokasi untuk menangkap gambar bila ada waktu yang lapang. Aku dapat camera Holga Pinhole Camera 135 (Holga 135PC) dari dia.... Thanks dude!!! Ada masa nanti aku tangkap dan cuci hasilnya.

Holga 135PC
Camera yang aku terima sebagai hadiah ini tidak kurang hebatnya, cuma effectnya tidak sama dengan Fisheye aku.... menggunakan jenis2 camera ini memerlukan kepakaran dan kecekapan dalam menangkap sesuatu subjek dan objek, oleh kerana penggunaan filem.... Tapi didalam kes ini, Lomografi tidak memerlukan sebarang kepakaran, tangkap sahaja ikut suka janji kena pada waktu dan subjeknya.
Contoh hasil tangkapan
Contoh hasil tangkapan 

Bak slogannya yang berbunyi "Shoot From The Hip" itu ternyata membuktikan bahawa camera segempak ini tak perlu mengikut peraturan dan pantang larang dalam bergambar janji hasilnya memuaskan!

Sesiapa ade Lomocam? Korang pakai camera ape?


Wednesday 23 January 2013

Pocket Flares Rocket Squares...

Hello, peeps....


Malam yang panas dikerumuni nyamuk si kaki berbelang menyanyi di telinga dan menggigit betis ku dikala ini...sedikit mengantuk tapi aku lawankan juga...baru selesai makan burger daging, kenyang. Kedengaran bunyi TV yang sayup - sayup ditambah dengan bunyi ayunan buaian anak dibelakangku....tapi bukan ini ape yang aku nak ceritakan....LOL, lost skejap.

Ape sebenarnya Pocket Squares Pocket Flares ni? Nama blog aku lah takkan nama kucing kesayangan korang plak kan ....tapi kenapa nama blog aku macam tu ?

Pocket Squares tu bermaksud kain handkerchief  yang diletakkan di pocket sebelah atas sesuatu jaket suit atau coat...macam gamba rajah kat sebelah tu...

Apa relevannya pocket squares?

Pertama, aku seorang peminat perkara - perkara yang berkait rapat dengan zaman -zaman era 60'an hingga 70'an yang lampau. Ko ni xde benda  lain dan lebih modern ke dari merenung ke zaman black and white tu Am? Apesal pulak, suka hati akulah....

Kedua, yang cenderung minat aku terhadap pocket squares itu adalah simboliknya fesyen yang berkait rapat dengan sub-budaya yang dinamakan Mods atau nama panjangnye adalah Modernist, nak lagi panjang cerita tentang Mods ni nanti lah aku ceritakan dalam entri akan datang....


Rekaan logo yang mempunyai RAF Roundel dan anak panah tu merupakan satu cetusan idea seni yang dihasilkan oleh Andy Warhol dan diguna pakai sebagai simbol golongan mods ni jadi aku masukkan lah kt situ sebagai konsep...

Rocket Flares tu ape pulak? Saje je bagi rhyming pada pocket squares...haha...blog aku ni bercampur aduk...yang life ada, yang pasal muzik ada, pasal fotografi, fesyen.....and so on and so forth....nak pasal ikan laga ke ayam sabung ke yang tu korang gi tengok kat blog - blog yang ada entri ikan dan ayam la...




Jadi enjoykan diri nak baca ke tak nak baca ke... yang mana salah tu silalah beri tunjuk ajar...

Buah cempedak diluar pagar, ambil galah tolong jolokkan....aku tahu buah cempedak tu kat luar pagar...jangan main ambik je entah-entah buah cempedak orang hahaha




Sebuah Band . Sebuah Kenangan . part 3

Dalam pelbagai rintangan dan cabaran dilalui, terselit jua pengalaman manis dan mencuit hati kami semua, kalo nak di ingatkan...tidak terkira. Ada yang aku masih ingat dan ada juga yang aku dah lama lupa... al maklumlah usia sudah meningkat dewasa, namun perjalanan pengalaman ini jugalah yang mendewasakan aku.....


Kami sudah diketahui orang dan menjadi buah mulut penggemar muzik se-Malaysia, ada juga teman yang datang dari band - band yang lain menjadi pendengar setia, ada juga yang anonymous.... beberapa negeri telah kami jelajahi, tapi yang mengecewakan adalah kami gagal untuk memenuhi permintaan setiap peminat dan organizers dek kerana masa dan keadaan yang tidak mengizinkan.

Semenjak mula kami ke medan ini, terdapat mereka - mereka yang memberi response yang  positif dan ada juga yang mengherdik dan memperkecilkan kami. Biasalah adat seperti ini di sudah menjadi lumrah dalam ape jua situasi atau ape sahaja yang dilakukan manusia , pasti ade pro dan kontranya. Seperti terbiasa dan lali dengan perkara - perkara sebegini, kami terus sahaja menongkah arus. Ini adalah satu passion pada kami dan kecenderungan terhadap itu tidak haus. 

Kami masih lagi dijemput oleh beberapa wartawan majalah dan stesen radio serta muncul di salah satu slot di stesen TV untuk diwawancara. Kami tidaklah mengejar populariti, tapi kami ambil ia sebagai satu establishment untuk memperkenalkan siapakah kami supaya se-Malaysia tahu wujudnya band ini di muka bumi dan untuk membuktikan bahawa band tidak famous seperti ini juga mampu masuk TV, aku ulangi.... TV!!!
 2 tahun dalam kegemilangannya , kekuatan untuk meneruskan apa yang dinamakan 'band of brothers' ini akhirnya tumpas dan dihempas oleh ombak yang tingginya mampu menimbus sejuta semangat kami semua....seorang demi seorang pergi meninggalkan kugiran ini disebabkan faktor - faktor yang aku sendiri tidak boleh nak perjelaskan kerana terlalu rumit situasinya. Kami kecewa, namun apakan daya....itulah hakikat dan kebenarannya. Apa - apa pun, aku tak pernah menyesali ape yang berlaku. Sekurang - kurangnya ape dihajati itu tercapai sudah. Kami tetap puas dengan pencapaian band ni. 

5 tahun sudah berlalu, aku pun sudah mendirikan rumah tangga....bahagia dengan kehidupan kini,dan kehidupan rakan - rakan seperjuangan ku juga masing - masing sudah ada 'benchmark' dan kerjaya mereka..... aku tidak pernah akan lupa sejarah yang terindah itu...cukup bermakna dan akan aku simpan dalam hati dan kunci dalam kotak fikiran agar ia sentiasa segar. Memori indahku. Memori indah kami bersama.

To Aliff, Amin, Lan Jimbo, Syafik dan Asros Nyet...dan mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.....


This is for you.

-TAMAT-

       




Monday 21 January 2013

Sebuah Band . Sebuah Kenangan part 2


Kami meneruskan perjalanan muzik ini dengan adanya beberapa show dan gig yang kami sertai. Walaupun adakalanya tidak berbayar, namun kami gembira dengan penerimaan penonton terhadap karya yang dipersembahkan...membuktikan bahawa usaha gigih kami tak sia - sia selama ini. Bukan wang yang kami harapkan, ironinya wang juga lah yang diperlukan demi menjana sesebuah band.


Kami bergerak dengan hanya sebuah kereta, dengan 6  anggota band...sudah tentu sempit namun ia tidak mematahkan semangat kami....Sedikit wang yang dikongsi di antara kami, dapat juga menggerakkan kereta menuju ke destinasi.

Kuala Lumpur sudah kami pusing, kali ni kami sudah berani untuk pergi jauh... Dengan kegigihan dan keazaman, peluh lelah kami tidak kami hiraukan.... Kami bangga dengan pencapaian ini, tidak sangka pula sayap yang dahulu kecil kini sudah mampu untuk mengembang dan terbang tinggi...tapi kami tak pernah lupa diri.

Kami mengambil keputusan untuk merakam lagu - lagu kami di studio sebagai demo yang lebih bersih dan jelas didengari, dengan berbekalkan modal wang kocek kais pagi makan pagi....merakam lagu tidaklah semudah yang disangkakan, ianya mengambil 2 hingga 3 minggu untuk menyiapkan beberapa lagu ....akhirnya 5 lagu siap sebagai permulaan...

Usai sahaja rakaman, kami promosikan produk yang sudah dihasilkan....kami hantar demo yang tidak seberapa itu kepada beberapa stesen radio, yang mengejutkan kami,lagu kami diterima setelah mendapati lagu kami dimainkan oleh pihak mereka beberapa hari kemudian, tanpa pengetahuan kami.

Kami dipanggil oleh sebuah stesen radio untuk di wawancara, sekaligus kami dijemput untuk perform pada salah satu event mereka. Kami dapati bahawa inilah salah satu platform untuk kami teruskan berkarya dan peluang seperti ini sudah tentu kami tidak boleh lepaskan....ajaibnya, audience pada event itu juga dapat menerima dan kagum pada persembahan kami.

Showmanship tidak seberapa, namun kami perform dengan penuh yakin....band kami merupakan band 'opening' untuk event itu. Ternyata support dari penonton yang sporting menambahkan semangat kami.

Thank you, supporting audience!!!....

Bersambung


Aku . Camera Dan Filem Basi. part 1

Dah lama aku x pegang camera yang satu nih, agak lame sehingga berhabuk sudah... Rindu rasanya nak snap  semula.....tapi, waktu tak mengizinkan. At least ade la jugak hasil tangkapan dan cucian filem tu dari tak ade...

Menggunakan Filem dan camera jenis analog ini menarik minat ku terhadap photografi, selepas terbiasa dengan penggunaan camera jenis digital....aku terus jatuh 'chenta' pandang pertama...Gambar - gambar ni diambil melalui sebuah camera Lomography Fisheye 2 yang aku pernah beli dulu...Enjoy!



Sunday 20 January 2013

Sebuah Band . Sebuah Kenangan . part 1

Aku pernah menganggotai sebuah band, band yang dianggotai 6 anak muda ini (dulu) mengembara mencari impian.....


Memulakan perjalanannya selepas aku habis belajar di kolej. Aku bertemu dengan 3 orang rakan yang berminat untuk berkongsi minat yang sama, iaitu muzik.... kemudiannya aku memanggil rakan2 ku dari Sentul, mereka juga berminat untuk menyertai band baru ini.


Setelah kami kenal mengenal antara satu sama lain, kami mula bereksperimen dengan muzik.... Kami mula mencipta lagu sendiri, hanya dengan merekodkan lagu2 melalui sebuah laptop milik rakan karib, di sebuah kedai bundle milik salah satu anggota band kami. Akhirnya kami ada 3 lagu yang siap, walaupun sekadar demo yang x seberapa....namun kami puas. Setelah siap lagu2 tu, pada masa itu jugalah kami upload di Myspace.

Kami banyak mencari peluang untuk menyertai gig2 di sekitar Kuala Lumpur pada mulanya, kerana kami masih mentah dan baru menjinakkan diri.... x berapa confident lagi untuk membesarkan sayap perjalanan muzik kami. Dengan berkat usaha, kami dipanggil oleh sebuah organizer gig yang menjemput kami perform di Annexe, Central Market....berhadapan sebuah cafe yang aku dah x ingat namanya...Setelah beberapa band selesai perform, nama band kami pula dipanggil. Agak gementar dan gemuruh, pada pertama kali menjejakkan kaki kami ke stage, peluh jantan mula keluar dan sedikit mengigil jari jemariku  memegang gitar...


Lagu pertama di persembahkan ...tepukan support dari penonton memeriahkan dan mengurangkan ketakutan kami..... dan dengan tenangnya kami habiskan persembahan lagu2 kami.....sorakan dan tepukan menyelubungi pengakhiran lagu...semakin kuat didengari, semakin kami percaya kepada kemampuan dan bakat sendiri....Kami sangat berterima kasih kepada organizer kerana menjemput dan menyelitkan kami pada hari itu, kami amat gembira sekali.


bersambung......

Saturday 19 January 2013

Alhamdulillah



Alhamdulillah.......


Syukur kehadrat Ilahi yang tidak terhingga kerana dianugerahkan sebuah kehidupan..... Setelah sekian lama menjalani kehidupan 'solo', aku dikurniakan seorang isteri....berkahwin tidak sampai setahun dan bergelar seorang suami, sudah pun naik pangkat sebagai seorang bapa....

Dian Batrisya bt. Amran Kamarudin, lahir pada 14 haribulan Oktober 2012, pukul 6:24 petang di Hospital Besar Kuala Lumpur. Masa keluar dulu beratnya 2.7 kg sahaja, sekarang beratnya 4.7kg . Umurnya 3.5 bulan, dah pandai meniarap dan petah bercakap ( walaupun x paham ape yang di katakan ).... Suka dengar muzik dan suka pada bunyi burung.... setiap kali orang memanggil namanya, dia mesti cari siapa orang tu....

Friday 18 January 2013

Aku Kembali

Assalamu'alaikum wbt

Hi! Sudah lama rasanya aku x ber-blog ni, dulu ade buat satu tapi dah expired ....erm agak kekok jugak rasanya nak mulakan blog baru nih, layout dan template design da lain dari yang dulu, nak setup macam pening skit (tp xde la susah mane pon).

Jadi inilah permulaan baru untuk blog aku dan sebagai intro blog ini aku sajikan dengan video dari salah satu band kegemaran aku The Yardbirds....yeah!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...