" An Aphorism For Clean Living Under Difficult Circumstances."
Mungkin tak ramai tahu tentang falsafah ini, maknanya adalah " Sebuah Kenyataan Dalam Kehidupan Yang Bersih/Kemas Dibawah Keadaan Yang Rumit", ataupun "Dalam Kesusahan Ada Kesenangan" ........yang mane - mane senang korang fahamlah.
Ia menerangkan tentang kehidupan golongan Mods yang sebenarnya susah, tak semua Mods itu kaya
( kebanyakannya dari golongan yang bekerja )dan kenapa diorang jadi Mods adalah kerana mereka hendak menonjolkan atau membuktikan ( sebuah revolusi ) diri mereka juga mampu jadi seperti golongan atasan, yang kaya raya, yang elit ( living in the fast lane ) dengan berpakaian yang dekat - dekat nak serupa dengan orang - orang kaya cuma ade keunikan mereka yang tersendiri.
Perbezaan Yang Ditonjolkan Oleh Seorang Mod. |
Pokok pangkalnya, idea kreatif itu datang dari individu itu sendiri supaya jadi berbeza dari orang lain
( falsafah yang kemudiannya di pakai oleh sub-budaya yang lain e.g. Punk) Tidak kiralah dari segi ketrampilan, seni dan muzik....budaya ini banyak membawa perubahan kepada zaman 60'an itu.
Bagi aku, menjadi seorang Mods itu kita tidak perlulah berbelanja dengan membeli pakaian yang terlalu mahal, sedangkan yang murah juga tidak kurang hebatnya, bagus serta berkualiti.... yang penting kita tahu membuat padanan gaya dan ianya nampak 'mahal'.
Ada seorang rakan bagitahu aku "orang kalo nampak ko pakai ape2 pun nampak mahal"....kenapa? Sebab kita pandai memilih dan padankan pakaian yang sesuai, kemas dan elegan, menyerlah dan unik. Padahal aku tak ada lah belanja banyak mane pun ( aku kerja menyara diri dan anak bini )..... jadi kita kena pandai dalam memilih dan menilai....yang mane lebih baik, kualiti atau kuantiti....
Fesyen zaman sekarang ni banyak dah yang aku tak berapa berkenan....orang lebih suka simple dengan berpakaian t-shirt dan jeans sahaja, terlalu mengikut trend ( aku dulu pun macam tu jugak )... Apa kata kalo aku cadangkan korang sekali - sekala serlahkan kelainan sedikit...pasti ade yang memandang korang kerana berketrampilan kemas, segak dan bergaya ( termasuk yang perempuan ) walaupun tak kaya raya..... biar papa ( jangan lah papa sangat sebab tu lah kena KERJA!), asal bergaya!
No comments:
Post a Comment