Aku pernah menganggotai sebuah band, band yang dianggotai 6 anak muda ini (dulu) mengembara mencari impian.....
Setelah kami kenal mengenal antara satu sama lain, kami mula bereksperimen dengan muzik.... Kami mula mencipta lagu sendiri, hanya dengan merekodkan lagu2 melalui sebuah laptop milik rakan karib, di sebuah kedai bundle milik salah satu anggota band kami. Akhirnya kami ada 3 lagu yang siap, walaupun sekadar demo yang x seberapa....namun kami puas. Setelah siap lagu2 tu, pada masa itu jugalah kami upload di Myspace.
Kami banyak mencari peluang untuk menyertai gig2 di sekitar Kuala Lumpur pada mulanya, kerana kami masih mentah dan baru menjinakkan diri.... x berapa confident lagi untuk membesarkan sayap perjalanan muzik kami. Dengan berkat usaha, kami dipanggil oleh sebuah organizer gig yang menjemput kami perform di Annexe, Central Market....berhadapan sebuah cafe yang aku dah x ingat namanya...Setelah beberapa band selesai perform, nama band kami pula dipanggil. Agak gementar dan gemuruh, pada pertama kali menjejakkan kaki kami ke stage, peluh jantan mula keluar dan sedikit mengigil jari jemariku memegang gitar...
Lagu pertama di persembahkan ...tepukan support dari penonton memeriahkan dan mengurangkan ketakutan kami..... dan dengan tenangnya kami habiskan persembahan lagu2 kami.....sorakan dan tepukan menyelubungi pengakhiran lagu...semakin kuat didengari, semakin kami percaya kepada kemampuan dan bakat sendiri....Kami sangat berterima kasih kepada organizer kerana menjemput dan menyelitkan kami pada hari itu, kami amat gembira sekali.
bersambung......
No comments:
Post a Comment