Friday, 25 January 2013

Dedicated Follower Of Fashion #2

"They seek him here, they seek him there,His clothes are loud, but never square.It will make or break him so he's got to buy the best,Cause he's a dedicated follower of fashion." - The Kinks



Dalam lirik lagu ini ternyata golongan Mods adalah mereka yang fanatik kepada pakaian, dalam erti kata lain, mereka lebih cenderung dengan pemakaian yang bukan setakat tampil segak bergaya sahaja, tetapi kekemasan dan setiap penilaian kepada baju itu juga diambil kira. Tidak kisah lah baju apa yang diperagakan, tapi harus kemas dan harus padan dengan pemakainya. Memang tidak dinafikan yang teratas sekali ialah mereka menuruti asal - usul pemakaian Mods era 60'an secara tradisinya , tetapi kita boleh menggubah, mereka dan mempersembahkan idea - idea baru secara individual dan mengikut peredaran masa.



Bagi aku, aku telah menyatakan bahawa aku bukan 100% purist Mod, aku tak ada skuter tetapi tidak bermakna aku tidak tahu menahu tentang ape itu Mods secara keseluruhannya.... Mods itu luas defenisinya, bukan setakat kita baca di buku dan dengar dari orang lain dan berkata itulah yang sebenarnya Mods...sudah tentu bertentangan dengan idea, konsep dan persepsi Mods itu sendiri. Kita harus keluar dari kepompong undang - undang purba Mods terdahulunya dan memulakan sesuatu yang 'revival'. Adaptasi dari Mod lampau dan campur aduk dengan yang baru, kita tak akan lari dari definisi tersebut...

The Small Faces


Aku taklah nak kata pandai sangat pun....lagipun aku buat research ( bukannya masuk mane2 university dan buat tesis tentang 'Modology'...), memang benar ape yang aku pernah terbaca di sebuah forum Scootering.com.my :

 "Seorang mods juga perlu mengetahui genre-genre muzik lain seperti soul dan motown music, mempunyai pengetahuan yang luas berkenaan setiap falsafah mods dan kehidupan di tahun 60an. Kalau setakat hafal lagu-lagu The Who dan OCS ( Ocean Colour Scene ) sahaja tapi bila bertanya pasal the ronnettes dan the supremes dia geleng kepala baik tak payah jadi mods (heheheh). Kalau tanya pasal "Shark Skin Fabric" atau "Three Button Suit" dia cakap syarikat minuman ringan, baik tak payah jadi mods." 

Ye, ade benarnya disitu...tetapi kalau difikirkan...terlalu "retro" dengan kenyataan yang diberikan. Falsafah Mods sebenarnya adalah dengan memandang ke depan, daripada pandang ke belakang...dan aku guna pakai falsafah itu untuk hidup aku juga, harus pandang ke depan.... Dan satu lagi, aku ingatkan diri aku untuk tidak taksub dengan ideologi2 yang melampau, asalkan aku tahu mana aku patut ambil dan mana aku tak patut ambil, aku hanya sekadar memberi pendapat ......sekurang - kurangnya kita TAHU.

2 comments:

  1. aku kurang pengetahuan bab2 ni bro...tapi aku pon bekas skinhead dulu, pastu beli vespa join gak mods ni..tp lebih kepada layan fesyen, motor, dn goyang kepala je turun gigs.hehe..

    ni entri dengan vespa aku dulu..sayang dah jual..

    http://pablodeaskoba.blogspot.com/2012/12/dairi-tragedi-tahun-baru.html

    ReplyDelete
  2. Entri tu aku dah baca bro....best gile ade vespa kan....aku dulu berangan lepas sekolah nak beli sampai la ke tua ni x beli2 lagi. Aku start bekecimpung dengan Mods ni mase zaman2 skinhead jugakla masa tu (1997) x banyak mods yang aku kenal, aku pon lepak dengan skinhead2 je...mase tu diorang label sebagai 'hard mod' sebab aku x berpakaian mcm skinhead...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...