Sunday 16 June 2013

The Mod Vids #3

The Mod Vids memaparkan video - video tentang dunia Mods dan dokumentari - dokumentari berkaitan Mods untuk tontonan anda semua. Semoga terhibur......

Sebuah dokumentary yang diberi nama Regency Suite, mengisahkan budaya Mods pada era 'Revival" di sekitar tahun 80'an. Beberapa interview dari kalangan Mods pada zaman itu dijadikan sebagai narasi dokumentari ini. 


Friday 24 May 2013

Music Box #16 - The Yardbirds

THE YARDBIRDS


Ramai yang aku rasa tak berapa kenal dengan band ini, The Yardbirds, sebuah band British yang mempunyai bilangan hits di carta UK suatu ketika dahulu, diikuti antara anggota bandnya yang terdiri dari gitaris-gitaris handalan sepeti Jimmy Page, Jeff Beck dan juga Eric Clapton

Vokalisnya Keith Relf , Bassist Paul Samwell-Smith, Drummer  Jim McCarty dan pemain gitar rythmnya Chris Deja merupakan perintis terawal dalam The Yardbirds. Pemain gitar yang pertama adalah Eric Clapton pada awal 6o'an, yang pada mulanya genre The Yardbirds adalah Blue Eyed Blues. 

The Yardbirds bersama Eric Clapton ( 4 dari kanan)
Selang beberapa tahun kemudian Eric Clapton meninggalkan The Yardbirds kerana genre band telah berubah kepada pop, kerana diwaktu itu sambutan band - band pop mendapat 'rating' yang tinggi. Digantikan pula dengan Jeff Beck, tetapi Jeff Beck hanyalah seorang gitaris session buat sementara waktu lalu datang pula Jimmy Page menggantikan Jeff. 

Antara lagu hit mereka adalah "Heart Full Of Soul", "Train Kept A Rollin'", "For Your Love","Over Under Sideways Down" dan banyak lagi.


Music Box kali ini mempersembahkan The Yardbirds dengan lagu mereka:

Train Kept A Rollin'


Wednesday 15 May 2013

The Society Of Cool #12 - Michael Caine

'The Society Of Cool', membentangkan tentang individu - individu yang membawa obor Mods, dan fesyen yang 'preppy', 'dandy' dan 'sharp' di serata dunia, dari tahun awal kelahirann Mods hingga ke masa kini. Aku akan menceritakan tentang personaliti, celebriti dan artis dan juga pakaian yang diperagakannya. Dan ini contoh bagaimana seorang lelaki maskulin sepatutnya berpakaian, pada pendapat aku.

MICHAEL CANE




Sir Michael Caine, seorang pelakon yang tidak asing lagi dalam membawa watak antagonis mahupun protagonis pada era 1960an. Pada mereka yang pernah menonton filem2 terbaiknya seperti Get Carter dan The Italian Job pasti terkesima dan teruja dengan watak yang dilakonkannya.

Pada gambar ini dia memperagakan suitnya yang double-breasted 8 butang, 4 poket, mungkin dia  memakai kemeja lengan panjang berwarna putih atau krim ( kerana gambar hitam putih ), Tie berwarna gelap, seluar yang sepadan dengan jaketnya yang digosok rapi, diakhiri dengan kasut 'oxford' berwarna hitam. Wah, hitam memikat! Yang penting cermin mata 'Wayfarer' dan sepuntung rokok ditangan yang menambahkan lagi daya tarikan dan 'attitude' pada karakter ini.

Tapi yang aku pelik, kenapa dulu bukan main watak utama lagi....sekarang sekadar jadi 'balaci' Batman je???

Antara gambar favourite aku.

Sunday 12 May 2013

Mods Mayday 2013 Kuala Lumpur.




Fewh, setelah sekian lama menanti akhirnya hari yang ditunggu - tunggu sudah pun berlalu. Mods Mayday, hari perjumpaan skuter - skuter klasik serta rakan taulan yang lama dan baru datang memeriahkan event yang jarang nak dapat tengok kat tanah air ni....Terima kasih pada Wak Doyok kerana menganjurkan 'event' ini!!

Pada hari itu kenalan2 dari seluruh Malaysia turun padang, tidak lupa pada rombongan-rombongan yang datang dari Thailand dan juga Singapura turut hadir menghangatkan suasana. Bingit bunyi enjin2 skuter ibarat satu irama jalanan yang merdu....berkumpul di hadapan sebuah pub yang bernama Across The Road di Bangsar,KL.

Aku dan skuter2 pengunjung


Aku dan rakan2 datang awal sebelum event bermula, pada flyers waktunya adalah jam 8:00 malam, kami tiba jam 7:00 lagi.... Sewaktu kami tiba, sudah ada beberapa Vespa dan Lambretta parking dihadapan deretan kedai2 sambil2 itu ternampak masih ada banyak skuter yang lalu lalang hendak mencari tempat parking...kebetulan aku membawa kamera bersama, sempat juga aku dan rakan2 ber'posing' sakan dihadapan skuter2 yang berada di parking....kami bergaul dengan mereka2 yang datang, bertanya khabar dan bertanya dari negeri manakah asal mereka.

Aku, rakan dan kenalan.


Kami kemudiannya lepak di sebuah kedai mamak berhampiran... membasahi tekak yang sudah lama kering, sementara menunggu waktu berlangsungnya acara itu. Beberapa minit kemudian, pengunjung semakin ramai berpeleseran, skuter bertambah banyak....terasa bahangnya malam itu. Kedengaran 'MC' memanggil kami untuk masuk kedalam, pada awalnya kami fikir 'admission' RM15 perlu dibayar...tetapi ia bertukar menjadi percuma!!! 

Acara bermula dengan kedengaran lagu - lagu Ska dan Reggae diputarkan sementara band menyiapkan diri untuk perform. Kelihatan beberapa Mods bergoyang melayan lagu2 itu...Suasana semakin hangat, para pengujung bertambah padat dengan bermulanya persembahan band pertama, kami sudah bermandikan peluh! Lagu2 yang dimainkan band menyebabkan pengunjung semua berdansa, kerana lagu2nya lazim ataupun lagu2 'anthem' Mods...Kami tak henti2 menekan butang kamera untuk mengambil seberapa banyak gambar untuk dijadikan kenangan....

Dibawah adalah lebihan gambar2 yang diambil:






















Sunday 5 May 2013

Music Box #15 - Herman's Hermit

HERMAN'S HERMITS



Herman's Hermit  adalah sebuah band bergenre Beat dan Pop yang ditubuh pada 1963 di Manchester, UK. Produser band ini, Mickie Most kebanyakkannya membantu sedikit sebanyak dari segi promosi, imej dan fashion mereka yang sebelum ini Herman's Hermit pada asalnya memainkan lagu - lagu R'n'B sejurusnya menaikkan mereka menjadi sebuah band Pop terhebat pada 1960'an.

Band ini asalnya dianggotai oleh Kieth Hopwood, Karl Green, Derek Leckenby, Peter Noone dan Barry Whitman. Antara lagu - lagu hit mereka adalah " I'm Into Something Good", "Mrs. Brown, You've Got A Lovely Daughter" dan "I'm Henry The Eighth, I Am".

Music Box kali ini mempersembahkan Herman's Hermit dengan lagu mereka:

No Milk Today




Saturday 20 April 2013

The Society Of Cool #11 - Rod Stewart

'The Society Of Cool', membentangkan tentang individu - individu yang membawa obor Mods, dan fesyen yang 'preppy', 'dandy' dan 'sharp' di serata dunia, dari tahun awal kelahirann Mods hingga ke masa kini. Aku akan menceritakan tentang personaliti, celebriti dan artis dan juga pakaian yang diperagakannya. Dan ini contoh bagaimana seorang lelaki maskulin sepatutnya berpakaian, pada pendapat aku.


ROD STEWART


Salam sejahtera to all mates, sorry dah lama aku tak masukkan entri baru sebab agak sibuk dengan kerja dan juga family. Dan pada entri sebelom ini aku banyak menunjukkan selebriti - selebriti yang Mods sebelum mereka menjadi popular/sukses dengan hala tuju masing -masing. Entri kali ini aku kenalkan korang dengan Rod Stewart.

Kalau sesiapa yang tahu Roderick David Stewart ni merupakan penyanyi "Best Selling Artist Of All Time"  mempunyai jualan rekod terlaris yang mencapai 100 juta rekodnya dijual di serata dunia!!
Permulaan karier nyanyiannya dengan band Steampacket sebagai penyanyi latar, kemudian menyertai Faces ( anggota asal dari The Small Faces) dan kemudiannya dia menyertai The Jeff Beck Group, semuanya berlaku pada akhir 1960 hingga ke awal 1970an, sebelum melangkah menjadi artis solo yang berjaya.

Okay, kita terus dengan peragaannya, suitnya yang berwarna krim atau puteh ( tak boleh nak agak warna apa sebab gambar hitam putih), tapi yang menariknya disini poketnya tidak seperti poket suit yang biasa. berbentuk petak dan 'flap'nya (atau daun poket) itu jelas kelihatan, lengan jaketnya juga hanya mempunyai satu butang sahaja? Tiga butang ( mod standard ), baju kemeja berwarna putih yang mempunyai 'French Cuff' di lengannya, Tie bercorak polka dot, berstokin hitam dan kasut loafersnya yang berciri moden!!! Dan yang paling aku gemar kat gambar ini ialah stail rambutnya yang "backcombing"......Jelas membuktikan Rod The Mod ini bijak bergaya!

Ni gambar penuh Rod Stewart dengan anggota Steampacket yang lain





Monday 8 April 2013

The Mod Vids #2


The Mod Vids memaparkan video - video tentang dunia Mods dan dokumentari - dokumentari berkaitan Mods untuk tontonan anda semua. Semoga terhibur......


Cebisan dari stesen TV BBC, UK memaparkan kisah nostalgik diantara golongan Mods dan Rockers yang hidup pada kemuncak kegemilangan mereka, dan mereka yang masih hidup dari zaman 60an sehingga kini menceritakan semula kisah hidup mereka diantara dua sempadan puak yang bermusuhan ini.

Maaf jika kualiti video kurang memuaskan.


Wednesday 3 April 2013

Music Box #14 - The Spencer Davis Group

THE SPENCER DAVIS GROUP




The Spencer Davis Group, sebuah kugiran yang berentak Beat, Psychedelic Rock dan  Blue Eyed Soul berasal dari Birmingham, UK pada pertengahan tahun 1960an. Band yang ditubuhkan oleh Spencer Davis bersama Steve Winwood yang disertai juga oleh adik Steve iaitu Muff Winwood. 

 
                                     

Antara lagu - lagu yang popular adalah Somebody Help Me, didalam carta UK No. 1 ialah Keep On Running ( lagu yang di tulis oleh seorang pemuzik Reggae, Jackie Edwards), I'm A Man dan Gimme Some Lovin', yang berada di tangga ke 2 di UK dan ke 7 di AS.

Music Box kali ini mempersembahkan The Spencer Davis Group dengan lagu mereka:


Gimme Some Lovin'


Tuesday 2 April 2013

The Society Of Cool #10 - David Bowie

DAVID BOWIE



Ada diantara korang yang pernah lihat wajah ini, kalau mereka yang lahir tahun 70an atau 80an pasti tahu.... David Bowie atau David Robert Jones, seorang penyanyi, penulis lirik, pelakon, produser rakaman juga pengatur acara. Dia adalah salah seorang ikon dalam dunia music pop selama empat dekad, dikenali sebagai seorang pereka cipta dalam muzik, pada zaman 70an yang lampau... Mamat ni juga lebih kurang sama macam Marc Bolan, sebelum dia melangkah ke industri Glam Rock 70an, dia juga terkena tempias Mod! (lihat gambar dibawah)




Yang menarik pada gambar ini ialah jaketnya yang mempunyai style askar zaman 'Victorian" dahulu kala itu, Seluar belang warna coklat belang hitam, dan kasut 'pointy shoes'nya. Apa lagi yang kurang ya....oh, rambutnya! Kalau dilihat pada gambar ini kelihatan zaman Mod itu sudah hampir ke penghujung hayatnya 
(mungkin 1968 - 1969),  menularnya wabak Hippies yang membawa ideologi 'Peace and Love'......

Friday 29 March 2013

Mods Mayday 2013

Hello mates, aku baru dapat flyers ni dari Wak Doyok, agak teruja dan tak sabar aku kesana, pasti ade pelbagai ragam dan jenis2 modifikasi skuter budak - budak nih.....the 21st century Mods are coming all back together!!! Tengok detail di bawah :





Wednesday 27 March 2013

The Society Of Cool #9 - Paul Weller

'The Society Of Cool', membentangkan tentang individu - individu yang membawa obor Mods, dan fesyen yang 'preppy', 'dandy' dan 'sharp' di serata dunia, dari tahun awal kelahirann Mods hingga ke masa kini. Aku akan menceritakan tentang personaliti, celebriti dan artis dan juga pakaian yang diperagakannya. Dan ini contoh bagaimana seorang lelaki maskulin sepatutnya berpakaian, pada pendapat aku.

PAUL WELLER





Paul Weller, seorang penyanyi, musician dan penulis lagu dan frontman sebuah band yang diberi nama The Jam (1976 -1982). Kemudiannya menubuhkan The Style Council (1983-1989). Pada 1991, dia kembali sebagai artis solo, dan masih menulis lagu sehingga kini. Dia juga merupakan ikon kepada Mods, kerana menjadi pencetus idea dan pergerakan Mods Revival, dan digelar sebagai The Modfather....

Pada gambar diatas ini, dia memperagakan '3 piece' suitnya yang berwarna biru Navy yang 'plain' ( atau mungkin tonic sebab kita boleh lihat shade pada bahagian bahunya dan badannya itu), tiga butang, 3 'ticket pocket'nya, dan poket di atas bersama 'pocket square' yang berwarna putih itu menampakan kontra pada warna biru.

Waistcoat yang sama warna (7 butang), kemeja putih dan tali leher berwarna biru. Pada seluarnya pula di gosok rapi dan akhir sekali adalah kasut 'Driver Shoes'nya... Driver Shoes sama rupanya dengan Loafers, yang membezakan kedua - dua kasut ini adalah tapaknya kerana Loafers mempunyai tapak yang tebal, manakala Driver Shoes agak nipis ( sesuai dipakai ketika memandu kenderaan). 

Ini adalah salah satu cara untuk berpakaian segak, casual dan tampak kemas...mungkin jarang kita nampak orang berpakaian sebegini di bandar metropolitan, tapi aku ternampak Nazim Othman dalam sebuah drama  (TV3) memakai 3 piece suit ini....memang padan dengannya....

Apa - apa pun janji ianya menepati citarasa lelaki sejati untuk berani tampil begini menunjukkan betapa maskulinnya mereka....... tidak dilupakan cermin mata Paul Weller ni, petak habis!!!!

Tuesday 26 March 2013

The Mod Vids #1

Salam sejahtera semua, sekali lagi dengan suka citanya aku mempersembahkan sebuah entri baru, kali ini memaparkan video - video tentang dunia Mods dan dokumentari - dokumentari berkaitan Mods untuk tontonan anda semua. Semoga terhibur......



Siapa tidak kenal dengan jenama Fred Perry? Ianya menjadi ikon fesyen remaja dari dulu hingga sekarang, dari Teddy Boys hinggalah ke era Indie tidak kira tua ataupun muda ia tetap digemari...Fred Perry adalah nama seorang pemain tenis terhebat pada zaman 1950an, dari karier bermain tenis, beliau mula berkecimpung dalam bidang fesyen lalu lahirlah jenama Fred Perry ini. 

Pada video di bawah anda boleh saksikan rakaman dokumentari dari Fred Perry yang memaparkan sejarah tentang kewujudan Mods. Di dalam video ini juga anda boleh lihat antara yang ditemuramah adalah orang - orang yang asalnya seorang Mods pada usia muda mereka termasuk Eddie Piller.


Monday 25 March 2013

Music Box #13 - The Kinks

The Kinks



The Kinks adalah sebuah band Rock/Pop British yang berasal dari Muswell Hill, utara London,UK ditubuhkan oleh adik beradik Ray dan Dave Davies pada tahun 1964. Di kategorikan sebagai sebuah band 'British Invasion' di persada seni Amerika, merupakan band yang paling berpengaruh pada era itu. Muzik mereka banyak berpaksikan R'n'B, Hall Music, Folk dan juga Country.



Antara anggota The kinks adalah Ray Davies (Vox, Rythm Guitar), Dave Davies ( Lead Guitar, Vox 2), Pete Quife (Bassist) dan Mick Avory (Drum). Antara lagu yang menjadi kegilaan adalah "You Really Got Me", "All Day And All Of The Night", "Waterloo Sunset" dan tidak lupa juga pada lagu "Dedicated Follower Of Fashion". Mereka juga merupakan salah satu perintis band yang mencetuskan genre 'Garage Rock' diantara band - band ternama seperti The Yardbirds, The Who dan ramai lagi....

Music Box kali ini mempersembahkan The Kinks dengan lagu mereka:

Till The End Of The Day

Sunday 17 March 2013

Dedicated Follower Of Fashion #10 - Aksesori

Fashion 60an, Psychedelic .

Good Day Mates! Pada entri kali ini aku akan bentangkan apakah aksesori - aksesori yang dipakai oleh seorang Mods, hanya untuk melengkapkan citarasa fesyen mereka dan ianya bersesuaian dengan apa dipakai oleh mereka. Mari kita lihat satu persatu:







Cufflink adalah antara aksesori yang penting, jika memakai kemeja lengan panjang. seperti gambar di sebelah, cufflink kebiasaannya dipakai pada pergelangan tangan pada baju kemeja ( yang mana ada tersedia lubang untuk kancing cufflink ). Jika baju kemeja mempunyai 'French Cuff', ia akan menampakkan lagi cufflink tersebut.













Tie Clip / Tie Pin atau Tie Bar, diselitkan diantara tali leher dan baju kemeja. Ini adalah untuk mengemaskan kedudukan tali leher itu dan untuk mengurangkan pergerakan tali leher itu sendiri.














Collar Bar, jika dilihat pada gambar ini ianya dipakai diantara kolar untuk mengukuhkan kedudukan tali leher dan kekemasan pada kolar agar ia tidak kelihatan senget atau tidak seimbang.














Braces (UK)/Suspenders (US), tali getah yang dipakai untuk menggantikan tali pinggang. Ianya adalah untuk memegang seluar yang agak longgar atau besar tetapi ia tetap satu ikon fesyen yang kekal hingga kini. Skinhead juga memakai braces ini. Ia adalah simbol kepada golongan kelas yang bekerja.












Scarf, waktu panas atau sejuk ia tetap satu fesyen yang relevan kepada kedua - dua cuaca. Biasanya scarf ini mempunyai corak Paisley, College scarf dan macam - macam jenis ( asalkan ianya kelihatan 'smart').










Cravat Tie atau Ascot Tie, aksesori yang elegan dan menawan ini juga adalah alternatif bagi menggantikan tali leher biasa. Ianya berbentuk hampir sama seperti scarf tetapi ianya dipakai dengan melilit di tengkuk dan kemudian di selitkan kedalam kemeja.
















Itu adalah diantara aksesori pelengkap gaya lelaki sejati. Ianya pada aku perlu juga untuk dimiliki kerana ia akan menambah daya penarik orang sekeliling kita. Pasti akan datang seseorang menanyakan 'benda' yang anda pakai. Kerana ianya cool!

Saturday 16 March 2013

The Society Of Cool #8 - Liam Gallagher

'The Society Of Cool', membentangkan tentang individu - individu yang membawa obor Mods, dan fesyen yang 'preppy', 'dandy' dan 'sharp' di serata dunia, dari tahun awal kelahirann Mods hingga ke masa kini. Aku akan menceritakan tentang personaliti, celebriti dan artis dan juga pakaian yang diperagakannya. Dan ini contoh bagaimana seorang lelaki maskulin sepatutnya berpakaian, pada pendapat aku.


Liam Gallagher 




Kalau sebut je nama mamat ni mesti korang dah agak siapa yang aku maksudkan.... William John Paul "Liam" Gallagher, frontman pada band lagenda Britpop, Oasis...Oasis bubar kemudian dia menubuhkan band Beady Eye. Seorang penulis lagu dan penyanyi yang ber- perwatakan "kerek" dan biadab ini menjadi seorang rockstar yang selamba, tidak mengambil endah tohmahan, cacian dan hinaan orang sekeliling, janji dia popular.
Logo rasmi Pretty Green

Selain kariernya dalam bidang nyanyian, dia juga mula meminati bidang perniagaan lalu muncullah Pretty Green, sebuah syarikat pakaian yang banyak memberi tumpuan kepada fesyen retro dan Mod...Agak mahal juga harga pakaian Pretty Green ini, Liam pernah mengeluarkan statement yang berbunyi " Bukan calang - calang orang yang datang membeli belah di Pretty Green"...Paul Weller dan Eddie Piller adalah diantara 'customer'nya....


Sudah! Berbalik kepada tujuan asal..... gambar diatas ini dia memperagakan salah satu pakaian jenamanya Pretty Green, Trenchcoat (jacket yang labuh melebihi paras bawah pinggul) berwarna krim berkolar besar, biasanya diangkat tinggi, scarf polka dot berwarna merah, baju tidak kelihatan disini, berseluar jeans ( mungkin dari label yang sama) dan akhir sekali Desert Boots Pretty Green yang berwarna putih! Agak casual dan bersahaja...jika dilihat wajah Liam itu sendiri menujukkan 'attitude'nya yang bersahaja menampakkan 'cool'nya yang tersendiri. Boleh bayangkan harga kesemua attire tu tak, agak - agak berapa ribu Pound Sterling???


Wednesday 13 March 2013

Music Box #12 - The Rolling Stones

The Rolling Stones




The Rolling Stones adalah band Inggeris yang ber-genre RnB, Rock N Roll, Blues Rock yang ditubuhkan di London,UK pada tahun 1962. Antara anggota yang pertama adalah Brian Jones ( guitar/harmonica), Ian Stewart (piano), Mick Jagger ( vokal), Bill Wyman (bass), Keith Richards (guitar/vokal) , Charlie Watts (drum) dan disertai oleh Ronnie Wood (guitar) pada 1975. 

The Rock And Roll Hall Of Fame memartabatkan mereka sebagai " World's Greatest Rock And Roll Band" dan majalah Rolling Stone meletakkan mereka pada tempat yang ke- 4 diantara 100 artis terhebat sepanjang masa dimana penjualan rekod mereka mencapai anggaran 200 juta diseluruh dunia. Antara lagu - lagu hit mereka adalah, 'Satisfaction', 'Paint It Black', 'Angie', 'Sympathy For The Devil', 'Gimme Shelter', 'Under My Thumb' dan 'Ruby Tuesday'. 


Music Box kali ini mempersembahkan The Rolling Stones dengan lagunya:

Paint It Black











Tuesday 12 March 2013

The Society Of Cool #7 - Miles Kane

'The Society Of Cool', membentangkan tentang individu - individu yang membawa obor Mods, dan fesyen yang 'preppy', 'dandy' dan 'sharp' di serata dunia, dari tahun awal kelahirann Mods hingga ke masa kini. Aku akan menceritakan tentang personaliti, celebriti dan artis dan juga pakaian yang diperagakannya. Dan ini contoh bagaimana seorang lelaki maskulin sepatutnya berpakaian, pada pendapat aku.

Miles Kane


Miles Kane adalah seorang artis dan penulis lagu yang berasal dari Meol di daerah Wirral, UK. Dikenali sebagai 'co - frontman' The Last Shadow Puppets dan band asalnya iaitu The Rascals, yang telah dibubarkan pada tahun 2009 yang lalu. Dia kini meneruskan karier seni bersama The Last Shadow Puppets, yang disertai oleh Alex Turner dari The Arctic Monkeys, dan menjadi artis solo. 

Pada gambar photoshootnya yang di atas ini, dia memperagakan Peacoat berwarna kelabu, didalamnya tiada jaket atau blazer cuma 'waistcoat' yang kelihatan, bersarung tangan kulit, baju kemeja putih, Tie hitam dan tidak ketinggalan scarf 'polka dot' yang tergantung di lehernya. Seluar 'flat front' ( bukan skinny ) digosok rapi dan sebagai 'finishing' ialah Chelsea boots berwarna hitam berkilat.

Mungkin pakaian ini tidak sesuai di negara kita ini tetapi aku pernah juga lihat ada orang berpakaian sebegini di sini, mungkin kerana citarasa fesyen yang tinggi, mereka tidak mengendahkan cuaca yang berat yang penting ianya menampakkan personaliti itu penuh berkeyakinan dan menaikkan semangat mereka untuk bekerja atau berpenampilan menarik dengan bersahaja! 


Monday 11 March 2013

Gelaran Mods


Gelaran Mods


Faces - Golongan perintis Mods yang dikatakan sebagai nadi kepada pergerakan Mods kerana memperkenalkan atau menjadi 'trendsetter' kepada fesyen Mods.


Numbers - Mods di usia yang muda atau newcomer. Istilah 'Numbers' berasal dari t-shirt yang mereka pakai mempunyai nombor - nombor bercetak. Pada masa yang sama The Who pernah menamakan band mereka sebagai The High Numbers : untuk menarik golongan Mods meminati band mereka. Mods yang muda juga digelar Seven atau Sixes.


Tickets - Boleh juga disamakan dengan Numbers, atau merujuk pada mereka yang tiada citarasa terhadap fesyen. Gelaran First Class Tickets adalah orang - orang yang tidak disukai Mods.


Mockers - Gabungan dari Mods dan Rockers. Fesyen yang dicampur aduk menjadi fesyen yang lain.


Mids - Sama seperti Mockers.


States - Golongan yang cuba untuk menjadi Mods, tetapi salah dalam pemakaian. Secara alternatifnya states itu adalah nama gelaran untuk Rockers ( musuh Mods. Bermotor besar. Pakai jaket kulit dan pengotor) seperti dinyatakan dalam filem Quadrophenia 1979.


The Beatles: Mod Or Rocker?

Saturday 9 March 2013

Dedicated Follower Of Fashion #9 - Kasut

Selamat sejahtera mates, agak kebosanan dan kepanasan lalu terkesima untuk aku lanjutkan entri baru. Dalam mencari stail, aku akan sentiasa pantau dan mencari sesuatu yang apabila dilihat ia biasa - biasa sahaja, tetapi hanya aku sahaja yang tahu bagaimana hendak mengenakan pakaian itu lalu ia menyerlahkan apa yang dipakai kita. 


Bak kata kawan aku suatu ketika dahulu, "kita kalau pakai apa - apa pun  tak kisah sebenarnya cuma kita takut nak mencuba.", yeap, boleh diterima tetapi kita sepatutnya menilai dahulu atau padankan pakaian kita itu agar ianya tidak kelihatan ganjil... bila kita keluar dan memakai perkara - perkara yang ganjil ni outputnya sama ada ditertawakan orang atau dipandang dengan muka pelik, kerana pakaian itu tidak sesuai atau tidak 'kena' dengan cara pemakaian kita. Aku lebih suka istilah 'unik' dari 'pelik', sebab kita terlebih dahulu tahu macam mana ia 'kena' dengan cara pemakaian kita, menjadikan ia lain daripada yang lain dan boleh meningkatkan keyakinan diri dan disenangi orang sekeliling apabila melihat.


Baiklah, tanpa banyak songeh kita sambung pada topik entri kali ini iaitu kasut yang biasanya seorang Mod pakai dari awal zaman Mod hingga ke masa kini:




Pointy Shoes/Winkle pickers asalnya datang dari fesyen Teddy Boys zaman 50an kemudiannya dipopularkan oleh golongan yang diberi nama Beatniks dan tidak lupa juga kepada kumpulan terkenal iaitu The Beatles. Ada dalam pelbagai warna dan juga corak ( ada yang bertumit tinggi serta ada yang direka menjadi boot seperti Beatle Boots atau Chelsea Boots)







Kasut ini kalau dilihat ianya sama sahaja dengan Pointy Shoes, jika diteliti betul - betul kasut ini tidaklah setajam Pointy Shoes kerana rekaan depan kasut ini agak tumpul berbanding kasut di atas. Clarks dan Obermain adalah antara jenama yang banyak mengeluarkan model kasut jenis seperti ini.














Desert Boots adalah kasut yang paling popular dan pada asalnya ia adalah kasut askar yang dipakai oleh Bengali di India pada zaman Komenwell. Majoriti Mods dari dahulu sehingga kini masih memakai kasut yang ikonik ini. Antara pengeluar kasut ini ialah jenama ternama Clark's,Ikon dan banyak lagi.















Loafers adalah kasut sarung yang kasual direka khas untuk pemakaian yang santai dan tidak perlu menghabiskan masa mengikat tali kasut, hanya sarung sahaja dan anda sudah sedia untuk keluar! Kasut ini juga popular dikalangan Mods kerana ianya selesa dan mudah untuk dipakai dan berdansa.













Basket Weave adalah kasut yang mempunyai texture kulit yang di anyam untuk menjadi sepasang kasut. Kulitnya diperbuat dari kulit binatang ( badak sumbu, ular ), tetapi disebabkan kos pembuatannya terlalu mahal, pengeluar memperkenalkan dengan Basket Weave yang mana texture atau fabriknya menggunakan kulit - kulit tiruan tetapi tahan lama. Ada juga anyaman dari jenis kayu yang di hiris nipis.












Aku pun tak berapa pasti kenapa Bowling Shoes ni menjadi satu kasut pilihan golongan Mods pada zaman 60an tetapi yang pasti rekaannya unik dan menyerlah dengan kecerahan warna - warna yang berlainan. Relevannya kasut ini boleh dipakai untuk berjalan dan pada masa yang sama pergi bermain Bowling!













Cycling Shoes juga merupakan kasut sukan dan ianya relevan untuk menjadi sebuah fesyen yang penuh stail sama seperti Bowling Shoes...













Boating atau Sailing Shoes ini mempunyai texture atau fabrik yang lebih ringan, sesuai untuk pergi belayar kerana namanya sahaja sudah membuktikan kasut itu sesuai untuk belayar tetapi Mods mengambilnya sebagai salah satu ikon fesyen mereka.















Dan yang paling sporty adalah Trainers. Trainers diperkenalkan sejak awal 70an dan Mods suka kepada trainers kerana mereka suka pada sukan terutama penyokong bola sepak...Ianya ringan dan senang untuk berlari pecut dan juga selesa untuk ke mana jua. Selain dari pada Adidas ada brand - brand lain seperti Gola yang mengeluarkan trainers seperti ini.








Yang penting kita mesti sesuaikan dengan apa yang kita pakai, seandainya kita memakai suit haruslah dipadankan dengan kasutnya, jika keluar secara kasual haruslah kena dengan kasutnya. Selamat mencuba!!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...