Fewh, setelah sekian lama menanti akhirnya hari yang ditunggu - tunggu sudah pun berlalu. Mods Mayday, hari perjumpaan skuter - skuter klasik serta rakan taulan yang lama dan baru datang memeriahkan event yang jarang nak dapat tengok kat tanah air ni....Terima kasih pada Wak Doyok kerana menganjurkan 'event' ini!!
Pada hari itu kenalan2 dari seluruh Malaysia turun padang, tidak lupa pada rombongan-rombongan yang datang dari Thailand dan juga Singapura turut hadir menghangatkan suasana. Bingit bunyi enjin2 skuter ibarat satu irama jalanan yang merdu....berkumpul di hadapan sebuah pub yang bernama Across The Road di Bangsar,KL.
Aku dan skuter2 pengunjung |
Aku dan rakan2 datang awal sebelum event bermula, pada flyers waktunya adalah jam 8:00 malam, kami tiba jam 7:00 lagi.... Sewaktu kami tiba, sudah ada beberapa Vespa dan Lambretta parking dihadapan deretan kedai2 sambil2 itu ternampak masih ada banyak skuter yang lalu lalang hendak mencari tempat parking...kebetulan aku membawa kamera bersama, sempat juga aku dan rakan2 ber'posing' sakan dihadapan skuter2 yang berada di parking....kami bergaul dengan mereka2 yang datang, bertanya khabar dan bertanya dari negeri manakah asal mereka.
Aku, rakan dan kenalan. |
Kami kemudiannya lepak di sebuah kedai mamak berhampiran... membasahi tekak yang sudah lama kering, sementara menunggu waktu berlangsungnya acara itu. Beberapa minit kemudian, pengunjung semakin ramai berpeleseran, skuter bertambah banyak....terasa bahangnya malam itu. Kedengaran 'MC' memanggil kami untuk masuk kedalam, pada awalnya kami fikir 'admission' RM15 perlu dibayar...tetapi ia bertukar menjadi percuma!!!
Acara bermula dengan kedengaran lagu - lagu Ska dan Reggae diputarkan sementara band menyiapkan diri untuk perform. Kelihatan beberapa Mods bergoyang melayan lagu2 itu...Suasana semakin hangat, para pengujung bertambah padat dengan bermulanya persembahan band pertama, kami sudah bermandikan peluh! Lagu2 yang dimainkan band menyebabkan pengunjung semua berdansa, kerana lagu2nya lazim ataupun lagu2 'anthem' Mods...Kami tak henti2 menekan butang kamera untuk mengambil seberapa banyak gambar untuk dijadikan kenangan....
Dibawah adalah lebihan gambar2 yang diambil:
No comments:
Post a Comment