Gelaran Mods
Faces - Golongan perintis Mods yang dikatakan sebagai nadi kepada pergerakan Mods kerana memperkenalkan atau menjadi 'trendsetter' kepada fesyen Mods.
Numbers - Mods di usia yang muda atau newcomer. Istilah 'Numbers' berasal dari t-shirt yang mereka pakai mempunyai nombor - nombor bercetak. Pada masa yang sama The Who pernah menamakan band mereka sebagai The High Numbers : untuk menarik golongan Mods meminati band mereka. Mods yang muda juga digelar Seven atau Sixes.
Tickets - Boleh juga disamakan dengan Numbers, atau merujuk pada mereka yang tiada citarasa terhadap fesyen. Gelaran First Class Tickets adalah orang - orang yang tidak disukai Mods.
Mockers - Gabungan dari Mods dan Rockers. Fesyen yang dicampur aduk menjadi fesyen yang lain.
Mids - Sama seperti Mockers.
States - Golongan yang cuba untuk menjadi Mods, tetapi salah dalam pemakaian. Secara alternatifnya states itu adalah nama gelaran untuk Rockers ( musuh Mods. Bermotor besar. Pakai jaket kulit dan pengotor) seperti dinyatakan dalam filem Quadrophenia 1979.
The Beatles: Mod Or Rocker?
No comments:
Post a Comment