Saturday, 9 March 2013

Dedicated Follower Of Fashion #9 - Kasut

Selamat sejahtera mates, agak kebosanan dan kepanasan lalu terkesima untuk aku lanjutkan entri baru. Dalam mencari stail, aku akan sentiasa pantau dan mencari sesuatu yang apabila dilihat ia biasa - biasa sahaja, tetapi hanya aku sahaja yang tahu bagaimana hendak mengenakan pakaian itu lalu ia menyerlahkan apa yang dipakai kita. 


Bak kata kawan aku suatu ketika dahulu, "kita kalau pakai apa - apa pun  tak kisah sebenarnya cuma kita takut nak mencuba.", yeap, boleh diterima tetapi kita sepatutnya menilai dahulu atau padankan pakaian kita itu agar ianya tidak kelihatan ganjil... bila kita keluar dan memakai perkara - perkara yang ganjil ni outputnya sama ada ditertawakan orang atau dipandang dengan muka pelik, kerana pakaian itu tidak sesuai atau tidak 'kena' dengan cara pemakaian kita. Aku lebih suka istilah 'unik' dari 'pelik', sebab kita terlebih dahulu tahu macam mana ia 'kena' dengan cara pemakaian kita, menjadikan ia lain daripada yang lain dan boleh meningkatkan keyakinan diri dan disenangi orang sekeliling apabila melihat.


Baiklah, tanpa banyak songeh kita sambung pada topik entri kali ini iaitu kasut yang biasanya seorang Mod pakai dari awal zaman Mod hingga ke masa kini:




Pointy Shoes/Winkle pickers asalnya datang dari fesyen Teddy Boys zaman 50an kemudiannya dipopularkan oleh golongan yang diberi nama Beatniks dan tidak lupa juga kepada kumpulan terkenal iaitu The Beatles. Ada dalam pelbagai warna dan juga corak ( ada yang bertumit tinggi serta ada yang direka menjadi boot seperti Beatle Boots atau Chelsea Boots)







Kasut ini kalau dilihat ianya sama sahaja dengan Pointy Shoes, jika diteliti betul - betul kasut ini tidaklah setajam Pointy Shoes kerana rekaan depan kasut ini agak tumpul berbanding kasut di atas. Clarks dan Obermain adalah antara jenama yang banyak mengeluarkan model kasut jenis seperti ini.














Desert Boots adalah kasut yang paling popular dan pada asalnya ia adalah kasut askar yang dipakai oleh Bengali di India pada zaman Komenwell. Majoriti Mods dari dahulu sehingga kini masih memakai kasut yang ikonik ini. Antara pengeluar kasut ini ialah jenama ternama Clark's,Ikon dan banyak lagi.















Loafers adalah kasut sarung yang kasual direka khas untuk pemakaian yang santai dan tidak perlu menghabiskan masa mengikat tali kasut, hanya sarung sahaja dan anda sudah sedia untuk keluar! Kasut ini juga popular dikalangan Mods kerana ianya selesa dan mudah untuk dipakai dan berdansa.













Basket Weave adalah kasut yang mempunyai texture kulit yang di anyam untuk menjadi sepasang kasut. Kulitnya diperbuat dari kulit binatang ( badak sumbu, ular ), tetapi disebabkan kos pembuatannya terlalu mahal, pengeluar memperkenalkan dengan Basket Weave yang mana texture atau fabriknya menggunakan kulit - kulit tiruan tetapi tahan lama. Ada juga anyaman dari jenis kayu yang di hiris nipis.












Aku pun tak berapa pasti kenapa Bowling Shoes ni menjadi satu kasut pilihan golongan Mods pada zaman 60an tetapi yang pasti rekaannya unik dan menyerlah dengan kecerahan warna - warna yang berlainan. Relevannya kasut ini boleh dipakai untuk berjalan dan pada masa yang sama pergi bermain Bowling!













Cycling Shoes juga merupakan kasut sukan dan ianya relevan untuk menjadi sebuah fesyen yang penuh stail sama seperti Bowling Shoes...













Boating atau Sailing Shoes ini mempunyai texture atau fabrik yang lebih ringan, sesuai untuk pergi belayar kerana namanya sahaja sudah membuktikan kasut itu sesuai untuk belayar tetapi Mods mengambilnya sebagai salah satu ikon fesyen mereka.















Dan yang paling sporty adalah Trainers. Trainers diperkenalkan sejak awal 70an dan Mods suka kepada trainers kerana mereka suka pada sukan terutama penyokong bola sepak...Ianya ringan dan senang untuk berlari pecut dan juga selesa untuk ke mana jua. Selain dari pada Adidas ada brand - brand lain seperti Gola yang mengeluarkan trainers seperti ini.








Yang penting kita mesti sesuaikan dengan apa yang kita pakai, seandainya kita memakai suit haruslah dipadankan dengan kasutnya, jika keluar secara kasual haruslah kena dengan kasutnya. Selamat mencuba!!!



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...