Thursday 14 February 2013

Dedicated Follower Of Fashion #5 - Suit

Pada entri yang lepas, aku menceritakan tentang  jenis - jenis pakaian asas seorang Mods, dan kali ini aku akan menceritakan tentang pemakaian Suit dengan terperinci. Di penghujung era 1950'an, pemuda - pemuda British ingin mencari sesuatu kelainan dari segi fesyen daripada mengikut generasi sebelum mereka yang memakai pakaian Victorian (1837 hingga 1901) dan di ikuti oleh zaman Edwardian ( 1890 hingga 1940). 


Permulaan revolusi fesyen di sana bermula dimana pada awal generasi sebelum Mod, iaitu golongan Teddy Boys ( awal 1950 hingga 1960an ) yang lebih influence kepada rock and roll serta pengikut Elvis Presley dan James Dean. Mereka perpakaian suit yang agak sedikit besar daripada saiz badan mereka, mungkin mengikut fesyen ala Edwardian? Dengan coat yang panjang, seluar yang tirus serta kasut 'Brothel Creepers' yang menonjolkan identiti rock and roll tegar mereka.

Cara Teddy Boys berpakaian....
Dek kerana terlalu bosan dengan semua pemuda berpakaian sebegitu, ada transformasi yang berlaku dalam diam....pada akhir 1950an, segolongan pemuda mencuba dan mencipta fesyen yang lebih fresh dan baru...mereka banyak mengadaptasi dari fesyen di Italy, Perancis dan Amerika dengan menonton beberapa filem yang banyak menjadi rujukan fesyen mereka itu (dan disini juga evolusi bermulan dengan pembahagian kepada dua puak yang berbeza iaitu Mods dan Rockers).

                     
Mods
Rockers


Okay, okay... setakat itu dahulu sejarah evolusi wabak penyakit yang menular, kita teruskan dengan ciri - ciri Suit seorang Mod.

Pertama - Asas Suit seorang Mod adalah ditempah ikut saiz badan dan direka mengikut citarasanya yang tersendiri (bespoke tailoring) dengan tailor, kemudian industri fesyen tumbuh seperti cendawan selepas hujan...mereka mula mengeluarkan Suit yang sudah siap untuk dipakai tanpa pergi membuat tempahan di kedai.



Kedua - Perincian: Suit seorang Mods mempunyai ciri - ciri yang berbeza, lapels ataupun kolar pada suit mereka lebih tirus dari suit biasa, 3 poket, poket di dada kiri, poket di aras pinggang sebelah kiri dan kanan (ada sampai 4 poket, kebiasaannya poket sebelah kanan ada 2 poket dan di kiri cuma ada satu sahaja). Poket di dada itu diselitkan dengan handkerchief yang dinamakan 'pocket square'....


Ketiga - Asas Mod Suit adalah 'single breasted' (kemudian ada yang memakai double breasted), mempunyai 3 butang, butang di bahagian hujung lengan terdapat butang - butang yang kecil, biasanya 3 atau 4, ataupun lebih...tetapi selepas itu Mod suit yang 3 butang itu bertukar kepada 2 butang sehingga ada yang 1 butang sahaja (mengikut kreativiti individu).

      
Contoh Three button single breasted Mod suit
Eight button double breasted suit
Keempat - Seluar harus mengikut warna yang sama dengan jaketnya (tapi sekarang dah tak berapa kisah sangat) ikut kesesuaian dan suai padan pemakai....kalo nak lebih elegan, pakai lah yang seragam dengan jaket. 

Kelima - Yang paling utama, ianya harus mengikut bentuk badan atau yang mana lebih selesa asalkan tampak kemas dan bergaya contohnya seperti gambar di bawah ini:

Perbezaan diantara Suit biasa dengan suit seorang Mod.
  1. Bahagian lengan di tiruskan sedikit agar tidak nampak lengan itu besar macam orang bina badan.
  2. Bahagian pinggang dikecilkan atau 'dart' mengikut kesesuaian si pemakai.
  3. Penghujung lengan yang sedikit pendek atau belakang dari pergelangan tangan , untuk menunjukkan sedikit lengan baju kemeja yang dipakai di dalamnya(ada yang menggunakan cufflink)
  4. Seluarnya tidaklah terlalu 'baggy' kerana menampakkan betapa selekeh dan tidak kemas si pemakai, serta di penghujung kaki di seluar itu diletakkan betul - betul di atas kaki, atau separa dari buku lali bertujuan menampakkan sedikit stokin yang dipakai si pemakai, apa gunanya stokin kalau tidak ditunjukkan....
  5. Kebiasaan Mod terawal memakai tali leher yang agak nipis (slim tie), tetapi sekarang tali leher sudah mempunyai pelbagai saiz jadi tidak kisah janji ianya padan dan mengikut citarasa si pemakai itu sendiri.
Nampak tak perbezaannya? Jadi kita boleh menilai semula perbezaan pemakaian suit yang selekeh dengan yang lebih kemas.Pada aku, apa guna tempah suit yang terlalu mahal dan tak mampu semata - mata hendak mengikut tradisi, aku lebih suka membeli yang sudah siap dan lebih murah.... lagipun Mods adalah sesuatu yang universal dan lebih meluas.... by the way,you don't have to go by the rules! 


Asalkan korang tak nampak macam gini...haha




4 comments:

  1. Wow very educational...skrg baru saya tahu psl gaya fesyen mods ni...thanx bro!

    ReplyDelete
  2. Hehe sama - sama, ada lagi yang hendak dibentangkan bro....kalo ada ape2 kemusykilan atau pembetulan bro boleh beri komen....

    ReplyDelete
  3. macamana ngan style sluar boot cut ? mods style gak ke bro ?

    ReplyDelete
  4. Era boot cut bermula pada era 70'an di zaman awal mods revival ada golongan yang memakai boot cut terutama pada seluar jeans atau corduroy. Kalau suit agak jarang ditemui, bukan x ada tp segelintir sahaja yg tempah seluar boot cut...p.s - skinhead era 70'an pon pakai boot cut :P

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...