Sunday, 24 February 2013

The Society Of Cool #4 - Marc Bolan ( T -Rex )

'The Society Of Cool', membentangkan tentang individu - individu yang membawa obor Mods, dan fesyen yang 'preppy', 'dandy' dan 'sharp' di serata dunia, dari tahun awal kelahirann Mods hingga ke masa kini. Aku akan menceritakan tentang personaliti, celebriti dan artis dan juga pakaian yang diperagakannya. Dan ini contoh bagaimana seorang lelaki maskulin sepatutnya berpakaian, pada pendapat aku.


Marc Bolan

Marc Bolan

Siapa pernah dengar nama band T.Rex? Band yang wujud pada 1967 terkenal dengan music Glam Rock dan Folk Rock di zaman kegemilangannya pada tahun 1970an itu mempunyai seorang vokalis yang mantap bernama Marc Bolan. 

Sebelum dia menjadi seorang penyanyi di awal kariernya, dia adalah antara seorang Mod terawal di UK. Dia juga merupakan perintis utama disertai rakan - rakannya yang lain didalam mewujudkan falsafah, fesyen dan juga idea Modernism pada zamannya....

Kalo korang perasan gambar kat atas tu bukan lah cara pemakaian seorang Mod, kerana dia sudah memasuki fasa Glam Rock 70an. Yang aku nak ceritakan ialah gambar ini!:

                                     

Wow! Dengan jaket 'Peacoat'nya yang berwarna hitam, seluar corduroy berwarna krim dan 'Chelsea boots'nya yang slick ( mungkin kulit atau baldu ) dengan rambut yang pendek membezakan dia dengan gambar yang diatas!! Ini adalah antara pakaian yang 'casual' (band - band Indie banyak guna pakai fesyen ini) dan patut dicontohi walaupun dia tidak memakai suit tetapi bagi aku ia adalah satu pilihan yang bijak untuk berpakaian... Apa pendapat korang?

   
                                                          








5 comments:

  1. Seriously cool! Susah la nak cari pakaian mcm ni di negara kita especially kat tempat aku ni...haha

    ReplyDelete
  2. Ade bro, kalo kita pandai cari pasti jumpa punya hehe

    ReplyDelete
  3. legend mamat ni... mati accident mini yang dipandu oleh awek/isteri dia

    ReplyDelete
  4. Awek dia bro, bawak Mini 1275GT langgar pokok....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...