Wednesday 30 January 2013

Music Box #1 - Siti Zaiton

Salam Sejahtera, di hari yang indah ini aku akan mula dengan entri baru iaitu Music Box. Lagu - lagu pilihan   dari zaman - zaman nostalgik dan juga era yang baru akan dimasukkan ke sini untuk santapan anda semua. Aku akan cuba cari dan masukkan sedikit info untuk pengetahuan korang juga.Yang penting kita Enjoy!

Siti Zaiton 




Siti Zaiton merupakan salah seorang penyanyi pujaan ramai era 60-an / 70-an yang sering mendendangkanlagu-lagu di radio Malaysia.

Ketika itu pengaruh kumpulan The Beatles dari England telah mewujudkan irama pop yeh-yeh dari 1965 hingga 1971. Istilah ""pop yeh-yeh"" telah diambil dari judul lagu popular The Beatles, (She Loves You - Yeh, Yeh, Yeh). Penyanyi pada zaman 1960-an biasanya diiringi oleh kumpulan kugiran seperti The Hornets, The Twilites dan ramai lagi yang seangkatan denganya.


Jadi ini adalah salah satu dari lagu yang dinyanyikan olehnya bersama dengan band The Hornets.


Alam Seni - Siti Zaiton And The Hornets



2 comments:

  1. macam The Swallows la kan? haha the pride and joy of Negeri Sembilan tu...teringat filem Dari Jemapoh Ke Manchestee

    ReplyDelete
  2. Eh, abg orang Negeri Sembilan ke? Kt mane? Kalo iye, samo la den :) The Swallows banyak menggunakan Bahasa orang kepulauan Bawean, sebab diorg unik....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...