Sunday, 24 February 2013

Music Box #8 - The Kingsmen

The Kingsmen (1959 - Kini)




The Kingsmen adalah sebuah band Beat/Garage Rock pada era 1960an, berasal dari Portland, Oregon, AS.  Mereka dikenali melalui lagu rakaman Richard Berry iaitu Louie Louie, dimana ia berada di tempat kedua Billboard selama 6 bulan berturut - turut.

Band ini dianggotai oleh Mike Mitchell, Dick Peterson, Steve Peterson, Todd McPherson dan Dennis MItchell. Dan antara single mereka yang terbaik ialah 'Money',' Little Latin Lupe Lu' dan 'The Jolly Green Giant'.

Music Box kali ini mempersembahkan The Kingsmen dengan lagu mereka:

Louie Louie



The Society Of Cool #4 - Marc Bolan ( T -Rex )

'The Society Of Cool', membentangkan tentang individu - individu yang membawa obor Mods, dan fesyen yang 'preppy', 'dandy' dan 'sharp' di serata dunia, dari tahun awal kelahirann Mods hingga ke masa kini. Aku akan menceritakan tentang personaliti, celebriti dan artis dan juga pakaian yang diperagakannya. Dan ini contoh bagaimana seorang lelaki maskulin sepatutnya berpakaian, pada pendapat aku.


Marc Bolan

Marc Bolan

Siapa pernah dengar nama band T.Rex? Band yang wujud pada 1967 terkenal dengan music Glam Rock dan Folk Rock di zaman kegemilangannya pada tahun 1970an itu mempunyai seorang vokalis yang mantap bernama Marc Bolan. 

Sebelum dia menjadi seorang penyanyi di awal kariernya, dia adalah antara seorang Mod terawal di UK. Dia juga merupakan perintis utama disertai rakan - rakannya yang lain didalam mewujudkan falsafah, fesyen dan juga idea Modernism pada zamannya....

Kalo korang perasan gambar kat atas tu bukan lah cara pemakaian seorang Mod, kerana dia sudah memasuki fasa Glam Rock 70an. Yang aku nak ceritakan ialah gambar ini!:

                                     

Wow! Dengan jaket 'Peacoat'nya yang berwarna hitam, seluar corduroy berwarna krim dan 'Chelsea boots'nya yang slick ( mungkin kulit atau baldu ) dengan rambut yang pendek membezakan dia dengan gambar yang diatas!! Ini adalah antara pakaian yang 'casual' (band - band Indie banyak guna pakai fesyen ini) dan patut dicontohi walaupun dia tidak memakai suit tetapi bagi aku ia adalah satu pilihan yang bijak untuk berpakaian... Apa pendapat korang?

   
                                                          








Friday, 22 February 2013

Dedicated Follower Of Fashion #6 - Keturunan Mods

 Keturunan Mods

Salam sejahtera to all mates, ada di antara kalian yang tidak tahu bahawa berlakunya evolusi sesudah berakhirnya era Mods di penghujung tahun 1960an. Mods telah berpecah kepada beberapa kumpulan lagi namun falsafah, pakaian serta muziknya tidak sedikit pun lari dari usulnya. Ini adalah diantara keturunan Mods mengikut tahunnya:

Mods (1960 - 1969)

Dari Mods typical ke pada Hard Mods.


Skinheads (1968 - 1970)

Mods berubah kepada Skinhead, ada nama samaran lain seperti Peanuts kerana stail rambut mereka dipendekkan seprti askar dan memakai Boot dan Braces (suspenders). Skinhead Berasal dari Mods yang tidak menyukai revolusi dan idea Hippies. Skinhead juga berevolusi kepada beberapa cabang Skinhead yang lainnya.

Suedehead (1969 -1977)

Selepas Era Skinhead, skinhead berubah lagi ke pada Suedehead setelah Skinhead berdepan dengan kecaman racism dimana kebanyakan Skinhead menyertai parti Nazi dan socialist yang mahu mengusir pendatang - pendatang asing yang melambak datang mencari kerja di negara mereka. Minoriti Skinhead yang tidak bersekongkol dengan idea itu berubah menjadi Suedehead.



Smoothies (1977 - 1980)

Smoothies adalah revolusi dari Suedehead dimana mereka tidak lagi terlalu ekstrim dan radikal terhadap sesuatu pegangan dan fahaman dan majoriti smoothies kembali ke pada asal usul mereka iaitu Mods (Revival 70an).



Mods Revival ( 1970an - kini)

Mods Revival adalah cabang Mods yang telah di campur adukkan dengan era pasca Punk '77 dimana influence muziknya dari Punk tetapi pakaiannya mengikut tradisi Mods 60an dan beberapa fesyen keturunan - keturunan selepas era Mods 60an. Britpop dan kemudiannya penggerak Indie juga banyak mengadaptasi fesyen Mods selepas itu.

Itu adalah antara keturunan Mods yang telah berevolusi dari zaman ke zaman, dan fesyennya berubah mengikut waktu, apa yang penting...ianya tetap elegan dan kemas yang pastinya segak dan bergaya! Ada berani?



Thursday, 21 February 2013

Music Box #7 - The Animals

The Animals ( 1963 - 1983 )


The Animals, band 1960an yang bergenre Blues Rock, hard Rock, Psychedelic Rock dan R'n'B ini berasal dari Newcastle UK. Dianggotai oleh Eric Burdon, John Steel, Mick Gallagher, Pete Barton, John Williamson dan Danny Handley.

Antara lagu - lagu hit The Animals adalah " The House Of The Rising Sun" , "Don't Let Me Be Misunderstood", " We Gotta Get Out Of This Place"  dan " It's My Life". Suara kejantanan Eric Burdon lah yang menjadikan band ini antara band R'n'B yang termahsyur dan mampu menandingi penyanyi - penyanyi R'n'B berkulit hitam pada zaman itu.

Music Box kali ini mempersembahkan The Animals dengan lagunya,

Please Don't Let Me Be Misunderstood



Wednesday, 20 February 2013

The Society Of Cool #3 - Craig Roberts

'The Society Of Cool', membentangkan tentang individu - individu yang membawa obor Mods, dan fesyen yang 'preppy', 'dandy' dan 'sharp' di serata dunia, dari tahun awal kelahirann Mods hingga ke masa kini. Aku akan menceritakan tentang personaliti, celebriti dan artis dan juga pakaian yang diperagakannya. Dan ini contoh bagaimana seorang lelaki maskulin sepatutnya berpakaian, pada pendapat aku.

Craig Roberts


Craig Roberts merupakan seorang pelakon berasal dari South Wales, terkenal dengan watak Oliver Tate di dalam filem "Submarine", sebuah filem komedi dan juga memegang watak sebagai Rio di dalam siri TV "The Story Of Tracy Beaker".

Walaupun dia bukan seorang Mod, tetapi apa yang dipakainya adalah sumber inspirasi fesyen dari Mods di dekad 60an juga...Apa yang menarik minat aku dalam gambar ini ialah perincian suitnya. Dengan warna 'tonic Maroon', 3 butang tanpa dibutangkan dan mengikut saiz badannya, dilengkapi dengan baju putih, bertali leher warna coklat dan mempunyai 'tie clip' pada tali leher ( tali pinggang simple tapi smart ) itu menampakkan kekemasan si pemakai yang stail! 

Cuma...cara posing tu nampak len macam je...kalo pegang pistol ke macam James Bond pon smart jugak ye dak? Haha....

Tuesday, 19 February 2013

Music Box #7 - The Small Faces

The Small Faces ( 1965 - 1979 )



The Small Faces adalah sebuah band rock 'n' Roll, R'n'B dan Psychedelic Pop dari London UK, bermula pada tahun 1965 dengan anggotanya Steve Marriot, Ronnie Lane, Kenney Jones dan Jimmy Winston. Jimmy Winston menarik diri daripada band pada 1966 dan disertai oleh Ian MacLagan sebagai keyboardist.

Band ini menjadi antara band yang berpengaruh pada 1960an didalam Mod scene, dengan hit - hit seperti  "Itchycoo Park", "All Or Nothing", "Here Comes The Nice", Tin Soldier dan Album penuh mereka iaitu "Ogdens' Nut Gone Flake". The Smalls Faces kemudian beralih arah kepada genre 'Psychedelic' tidak lama sebelum band itu dibubarkan pada tahun 1969.

Selepas pembubaran band, sebahagian anggotanya menubuhkan band The Faces, dimana Rod Stewart pula menjadi vokalis utamanya.The Small Faces juga merupakan salah satu band yang menjadi sumber inspirasi band - band pergerakan Britpop pada 1980/1990an dan diantara band yang evergreen dan dikenali  Mods sehingga kini.


Pilihan Music Box kali ini ialah dari The Small Faces dengan lagunya,

Sha-La-La-La-Lee




Sight Seeing @ Cameron Highlands

Aku malas nk tulis banyak hari ni, cuma aku boleh paparkan keindahan - keindahan yang mampu aku ceritakan melalui gambar sahaja. Enjoy!






















Monday, 18 February 2013

The Society Of Cool #2 - Martin Freeman

'The Society Of Cool', membentangkan tentang individu - individu yang membawa obor Mods, dan fesyen yang 'preppy', 'dandy' dan 'sharp' di serata dunia, dari tahun awal kelahirann Mods hingga ke masa kini. Aku akan menceritakan tentang personaliti, celebriti dan artis dan juga pakaian yang diperagakannya. Dan ini contoh bagaimana seorang lelaki maskulin sepatutnya berpakaian, pada pendapat aku.


Martin Freeman


Sumber : Esquire

Siapa pernah menonton filem The Hobbit : An Unexpected Journey? Martin Freeman, berasal dari Alderhost, Hampshire UK merupakan seorang pelakon theatre pada awal kariernya di usia 15 tahun hingga dia berumur 17 tahun, kemudian ke dunia drama dan filem. Antara drama yang dibintanginya adalah Sherlock sebagai Dr. John Watson dan watak utama dari filem The Hobbit, iaitu Bilbo Baggins.

Dia juga seorang Mods, pada usia mudanya dia meminati band - band Ska seperti The Specials, Peter Tosh, Paul Weller Dan The Jam, mendengar Soul Music dan masih mengakui dia seorang Mod sehingga kini!

Disini, Martin Freeman memperagakan 'single breasted suit', 2 butang, 4 pocket, baju kemeja bercorak 'geometrical', seluar suitnya digosok rapi dan hujung kaki seluarnya terletak di separa dari buku lali, berstokin warna biru dan hitam ( nampak sedikit ), dan kasut Oxford hitam. Walapun nampak simple tetapi 'Mod'nya pada pakaian itu jelas terserlah! Satu pilihan yang bagus dan 'style' untuk mereka ke pejabat, atau keluar kemana sahaja!


Walaupon die memegang watak Bilbo Baggins, 'Mod'nya terserlah!




Sunday, 17 February 2013

Music Box #6 - The Action


The Action (1963 - 1969)




The Action adalah band dari UK dan mereka adalah  sebahagian daripada band - band Mods pada 1960an bergenre pop yang berpaksi kepada soul music, psychedelic rock dan juga folk rock.

Band asal mereka dinamakan sebagai The Boys(1963) tetapi selepas Peter Watson, gitaris rythm mereka menyertai band ini pada 1965, mereka bertukar kepada The Action. Anggotanya yang lain adalah Reg King ( Vox ), Alan "Bam" King(lead), Mike "Ace" Evans (Bass) dan Roger Powell (drum).

Antara lagu hitnya adalah, "Land Of One Thousand Dances', "I'll Keep Holiding On", "Baby You've Got It", " Never Ever" dan " The Harlem Shuffle".

Pilihan Music Box kali ini adalah dari The Action, dengan lagunya

Shadows And Reflections


Thursday, 14 February 2013

The Society Of Cool #1 - Bradley Wiggins

The Society Of Cool

Salam sejahtera semua, hari ini aku akan mulakan dengan entri baru berjudul 'The Society Of Cool', membentangkan tentang individu - individu yang membawa obor Mods, dan fesyen yang 'preppy', 'dandy' dan 'sharp' di serata dunia, dari tahun awal kelahirann Mods hingga ke masa kini. Aku akan menceritakan tentang personaliti, celebriti dan artis dan juga pakaian yang diperagakannya. Dan ini contoh bagaimana seorang lelaki maskulin sepatutnya berpakaian, pada pendapat aku.


Bradley Wiggins


Mungkin mereka yang suka dengan sukan berbasikal kenal dengan mamat ni, Sir Bradley Marc Wiggins atau nama panggilannya Wiggo adalah seorang atlit berbasikal profesional British, dibawah naungan UCI Pro Team Sky. Wiggo memulakan kariernya didalam berbasikal di litar , kemudiannya pro kepada 'road cycling'. Beliau juga merupakan juara untuk Le Tour De France pada 2012, menjadikan beliau juara British yang pertama sejak LTDF mula pada tahun 1903.

Apa yang menarik minat aku disini untuk membentangkan tentang beliau ialah, beliau seorang Mod! Bayangkan seorang yang selalu biasanya kita lihat di Le Tour De France/ De Langkawi  itu berpakaian penuh berbaju cyclingnya tidak disangka akan berpakaian seperti ini di luar perlumbaan.  Peminat tegar kepada band-band seperti The Small Faces, The Jam dan Oasis dan memiliki beberapa buah Vespa dan Lambretta membuat dia diantara seorang 'Top Mod' pada dekad ini.

Didalam gambar ini dia lengkap berpakaian kemas, dengan 'double breasted suit, prince of wales' ,6 butang,   kemeja putih didalam,4 poket, tali leher dan pocket square yang berwarna merah cerah sungguh elegan, tak dilupakan rambutnya yang pendek dan sideburn kapak itu serta cara dia berposing segak tampil bergaya itu 
(maaf kasutnya tidak kelihatan) membuat mereka melihatnya terpegun seketika. Dia memang seorang yang berkeyakinan tinggi, dan ada 'fashion sense' yang di ilhamkan dari fashion Mods 60an. Lihat dari segi potongan suitnya, sungguh tepat dari segi ukuran badan, dan lapelnya sedikit lebar tetapi sesuai dengannya. Well done, Wiggy!

Music Box #5 - Derrick Morgan

Derrick Morgan


Derrick Morgan berasal dari Mocho, Clarendon, Jamaica, merupakan seorang artis yang popular pada tahun 1960an hingga 1970an. Pernah bekerjasama dengan Desmond Dekker, Bob Marley dan Jimmy Cliff didalam rakaman lagu - lagunya. Membawa rentak yang bergenre Ska, Reggae dan Rocksteady. Antara lagu - lagu hitsnya adalah "Don't Call Me Daddy", "In My Heart", "Be Still" dan "Meekly Wait And Murmur Not".

Ska adalah muzik yang berasal dari Jamaica dimana kesemua bintang - bintang muzik jenis ini datangnya dari kepulauan itu seperti The Skatalites, The Wailers, Laurel Aitken dan ramai lagi. Kebanyakan artis dan kumpulan ini berada di bawah syarikat rakaman ternama seperti Treasure Isle Records, Trojan Records dan Crab Records, dan ade lagi beberapa label yang kurang dikenali ( maaf kalau ada yang tidak disebut disini ).

Ska kemudian berevolusi kepada 2 lagi genre iaitu Reggae dan Rocksteady.Combinasi daripada elemen genre Caribbean Mento, Calypso, American Jazz dan R'n'B ini dengan berpandukan 'bass line' yang catchy bersama dengan rythm yang 'up beat' menjadikan muzik ska itu unik dan menjadi antara salah satu muzik yang mencipta tarian bernama 'skanking'. Ska juga berubah mengikut zaman melalui fasa 1st wave, 2nd wave dan 3rd wave. Aku akan paparkan lagi jenis2 ska ini mengikut wavenya pada entri akan datang.

Pilihan Music Box kali ini adalah dari Derrick Morgan, perintis 1st wave Ska dengan lagunya,

Forward March (1962)




Dedicated Follower Of Fashion #5 - Suit

Pada entri yang lepas, aku menceritakan tentang  jenis - jenis pakaian asas seorang Mods, dan kali ini aku akan menceritakan tentang pemakaian Suit dengan terperinci. Di penghujung era 1950'an, pemuda - pemuda British ingin mencari sesuatu kelainan dari segi fesyen daripada mengikut generasi sebelum mereka yang memakai pakaian Victorian (1837 hingga 1901) dan di ikuti oleh zaman Edwardian ( 1890 hingga 1940). 


Permulaan revolusi fesyen di sana bermula dimana pada awal generasi sebelum Mod, iaitu golongan Teddy Boys ( awal 1950 hingga 1960an ) yang lebih influence kepada rock and roll serta pengikut Elvis Presley dan James Dean. Mereka perpakaian suit yang agak sedikit besar daripada saiz badan mereka, mungkin mengikut fesyen ala Edwardian? Dengan coat yang panjang, seluar yang tirus serta kasut 'Brothel Creepers' yang menonjolkan identiti rock and roll tegar mereka.

Cara Teddy Boys berpakaian....
Dek kerana terlalu bosan dengan semua pemuda berpakaian sebegitu, ada transformasi yang berlaku dalam diam....pada akhir 1950an, segolongan pemuda mencuba dan mencipta fesyen yang lebih fresh dan baru...mereka banyak mengadaptasi dari fesyen di Italy, Perancis dan Amerika dengan menonton beberapa filem yang banyak menjadi rujukan fesyen mereka itu (dan disini juga evolusi bermulan dengan pembahagian kepada dua puak yang berbeza iaitu Mods dan Rockers).

                     
Mods
Rockers


Okay, okay... setakat itu dahulu sejarah evolusi wabak penyakit yang menular, kita teruskan dengan ciri - ciri Suit seorang Mod.

Pertama - Asas Suit seorang Mod adalah ditempah ikut saiz badan dan direka mengikut citarasanya yang tersendiri (bespoke tailoring) dengan tailor, kemudian industri fesyen tumbuh seperti cendawan selepas hujan...mereka mula mengeluarkan Suit yang sudah siap untuk dipakai tanpa pergi membuat tempahan di kedai.



Kedua - Perincian: Suit seorang Mods mempunyai ciri - ciri yang berbeza, lapels ataupun kolar pada suit mereka lebih tirus dari suit biasa, 3 poket, poket di dada kiri, poket di aras pinggang sebelah kiri dan kanan (ada sampai 4 poket, kebiasaannya poket sebelah kanan ada 2 poket dan di kiri cuma ada satu sahaja). Poket di dada itu diselitkan dengan handkerchief yang dinamakan 'pocket square'....


Ketiga - Asas Mod Suit adalah 'single breasted' (kemudian ada yang memakai double breasted), mempunyai 3 butang, butang di bahagian hujung lengan terdapat butang - butang yang kecil, biasanya 3 atau 4, ataupun lebih...tetapi selepas itu Mod suit yang 3 butang itu bertukar kepada 2 butang sehingga ada yang 1 butang sahaja (mengikut kreativiti individu).

      
Contoh Three button single breasted Mod suit
Eight button double breasted suit
Keempat - Seluar harus mengikut warna yang sama dengan jaketnya (tapi sekarang dah tak berapa kisah sangat) ikut kesesuaian dan suai padan pemakai....kalo nak lebih elegan, pakai lah yang seragam dengan jaket. 

Kelima - Yang paling utama, ianya harus mengikut bentuk badan atau yang mana lebih selesa asalkan tampak kemas dan bergaya contohnya seperti gambar di bawah ini:

Perbezaan diantara Suit biasa dengan suit seorang Mod.
  1. Bahagian lengan di tiruskan sedikit agar tidak nampak lengan itu besar macam orang bina badan.
  2. Bahagian pinggang dikecilkan atau 'dart' mengikut kesesuaian si pemakai.
  3. Penghujung lengan yang sedikit pendek atau belakang dari pergelangan tangan , untuk menunjukkan sedikit lengan baju kemeja yang dipakai di dalamnya(ada yang menggunakan cufflink)
  4. Seluarnya tidaklah terlalu 'baggy' kerana menampakkan betapa selekeh dan tidak kemas si pemakai, serta di penghujung kaki di seluar itu diletakkan betul - betul di atas kaki, atau separa dari buku lali bertujuan menampakkan sedikit stokin yang dipakai si pemakai, apa gunanya stokin kalau tidak ditunjukkan....
  5. Kebiasaan Mod terawal memakai tali leher yang agak nipis (slim tie), tetapi sekarang tali leher sudah mempunyai pelbagai saiz jadi tidak kisah janji ianya padan dan mengikut citarasa si pemakai itu sendiri.
Nampak tak perbezaannya? Jadi kita boleh menilai semula perbezaan pemakaian suit yang selekeh dengan yang lebih kemas.Pada aku, apa guna tempah suit yang terlalu mahal dan tak mampu semata - mata hendak mengikut tradisi, aku lebih suka membeli yang sudah siap dan lebih murah.... lagipun Mods adalah sesuatu yang universal dan lebih meluas.... by the way,you don't have to go by the rules! 


Asalkan korang tak nampak macam gini...haha




Music Box #4 - The High Numbers

The High Numbers (1960 - 1964)


Hello mates! Hari ni aku nak memperkenalkan korang dengan salah satu band kegemaran aku, The High Numbers a.k.a The Who, sebuah band yang pada asalnya bermain rentak Rock, Hard Rock, Progressive Rock, Powerpop dan Psychedelic Rock ..... Siapa tak kenal dengan The Who, tapi korang tahu tak sewaktu mereka masih The Who, manager mereka Pete Meaden (juga seorang Mods) yang mahu nama mereka ditukarkan kepada The High Numbers oleh kerana ingin menarik crowd dan fans Mods pada era gemilangnya golongan ini. Mereka berjaya menarik perhatian ramai dan pada masa yang sama menaikkan nama The Who ke persada yang lebih besar lagi ( pasal The Who nanti aku ceritakan dalam entri akan datang.)

Dianggotai oleh anggota asal The Who, Roger Daltrey (vox), Pete Townshend (gitar), John Entwistle (bass) dan Keith Moon (Drum).Malangnya nama The High Numbers terkubur pada pertengahan 1964 setelah managernya meninggal akibat penggunaan dadah yang berlebihan, dan mereka kembali dengan nama The Who semula. Band ini adalah sumber inspirasiku untuk menjadi seorang Mod selepas The Small Faces, The Kinks, The Rolling Stones, The Yardbirds, The... The... The...

The High Numbers, I Gotta Dance To Keep From Crying.



Tuesday, 12 February 2013

Dedicated Follower Of Fashion #4


Stail...itu yang aku cari selama ni...memandangkan aku yang tidaklah mempunyai wang yang banyak di kocek, namun style juga lah akan ku buru. Memburu stail biarlah mengikut kesusaian diri, pertama sekali...jangan pernah mengalah dalam mencari stail...kerana stail adalah cermin keyakinan sesebuah personaliti....dengan berpandukan paksi yang betul dan banyak dalam 'try and error', pasti kita akan berjaya....


Yes, kita sambung dengan hal perihal Mods, It's A Mod Mod World...ape yang aku nak bentangkan kali ini ialah pakaian - pakaian pilihan golongan Mods ini...biasanya mereka banyak mengadaptasi dari fesyen di Italy, Perancis juga dari Amerika iaitu gaya Ivy League. ini adalah panduan dari senarai pakaian asas, hingga ke hari ini:


Tahun 1960'an



Suit: jacket dan seluarnya sama warna dan mengikut badan. Single Breasted,ada yang 3 butang, ada yang 2 butang dan ade yang double breasted juga.Ada yang bercorak ( seperti boating blazer ).... Pelbagai fabrik digunakan ( Wool, Cotton, Dogtooth, Tweed, Corduroy, Suede, Shark skin...)

Suit


Jaket: Parka (jacket tebal berwarna Hijau askar ini dipopularkan oleh golongan Mods pada waktu itu.)Harrington, Monkey Jacket, Peacoat, jaket jeans seperti Levi's Big E....

Jaket Parka


Knitwear: sweater,ada yang round neck, ade yang V Shape dan ade yang berkolar seperti cardigan dan jumpers.


Sweater/Jumper


Baju Kemeja: lengan panjang dan pendek, pada asas pengeluarnya adalah dari Brooks Brothers (Amerika), yang kemudian di ikuti oleh Ben Sherman, Merc, Brutus dari UK....

Baju Kemeja Ben Sherman


Seluar: Seluar slack yang digosok kemas, seluar jeans seperti Levi's 501, seluar Sta Prest, Chinos dan juga seluar dari kain Corduroys....


Seluar Levi's Sta Prest

Baju Polo: (ada yang panggil baju Tennis) seperti Fred Perry, Farah, cycling shirts.....




Fred Perry

T-shirt: Kebanyakannya mempunyai nombor - nombor di baju, dan ada juga seni andy warhol seperti anak panah dan RAF Roundel.

RAF Roundel T-shirt

Kasut: Winklepickers, desert boots, pointy shoes, brogues, oxford, loafers....

Desert Boots



Tahun 1970'an


Baju Polo: Penguin Munsingwear, Gabicci,


Munsingwear Penguin


T-shirt: ada pelbagai corak, T-shirt yang mempunyai design seperti logo Superman dan karakter - karakter komik sebagai satu cetusan idea seni

Kasut: Jam Gibson, bowling shoes, cycling shoes, kasut sukan seperti Adidas dan Gola mula diperkenalkan pada zaman ini....

Jam Gibson


Pada zaman 70an juga ada banyak yang mula mencampur adukkan fesyen tradisional Mods dengan pelbagai   fesyen yang lain untuk mencari sesuatu yang baru dan lebih unik.....( disini juga bemula era di mana kebanyakan Mods telah berpecah kepada dua haluan iaitu menjadi Hippies dan ada yang menjadi Skinhead)




Tahun 1980, 1990an Hingga Hari Ini

Era Britpop bermula disini, kebanyakkan Mods pada zaman ini kurang berpakaian kemas seperti memakai suit, disebabkan fesyen sudah tidak menjadi relevan lagi...fesyen ala kadar sahaja dengan hanya berpakaian Fred Perry, jeans dan jaket ( dimana fesyen ini di ikuti oleh band - band Indie ).....Oasis, The Stone Roses dan Blur adalah antara ikutan remaja dan fesyen mereka juga di ikuti....

Oasis



Pada aku, semua ini hanyalah panduan.....kita boleh mencari kelainan dengan cuba ber-eksperimen dan bijak dalam mix and match...biar tampak kemas dan bijak dalam berbelanja...ada banyak sebab kenapa aku pilih berpakaian seperti seorang Mods. Ia banyak membantu aku untuk menjadi seorang yang berdisiplin, berkeyakinan, maskulin....semua ini menunjukkan seberapa positifnya seseorang individu itu dalam aspek kehidupannya.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...