Friday, 8 March 2013

Music Box #11 - Pete Molinari

Pete Molinari



Seorang penyanyi solo baru berasal dari Chatham, UK ini menghidupkan irama - irama folk-blues. Pemuda berdarah Maltese dan Egyptian ini juga seorang penulis lagu dan pernah bekerjasama dengan beberapa artis antarabangsa. Suaranya yang unik dan nipis dan ada iras-iras seperti alunan nyanyian Bob Dylan dan band seperti  The Byrds ini menarik perhatian aku. Muzik iringan artis solo ini juga seakan - akan seperti kita kembali ke zaman retro 60/70an.

EP Pete Molinari
Pada awal kariernya dia hanyalah seorang penyanyi di kelab - kelab malam dan Bar bermain ala akustik sahaja... selepas beberapa tahun kemudian pada 2009 dia meriliskan sebuah EP, dimana ia di isi dengan nyanyian lagu - lagu cover dari artis lama membuatkan namanya terkenal di seluruh Amerika dan Eropah. Antara lagu  - lagunya yang lain adalah Love Lies Bleeding, One Stolen Moment, Sweet Louise dan It Came Out Of The Wilderness.

Muzik Box kali ini mempersembahkan Pete Molinari dengan lagunya:

Sweet Louise


The Society Of Cool #6 - Brian Jones

'The Society Of Cool', membentangkan tentang individu - individu yang membawa obor Mods, dan fesyen yang 'preppy', 'dandy' dan 'sharp' di serata dunia, dari tahun awal kelahirann Mods hingga ke masa kini. Aku akan menceritakan tentang personaliti, celebriti dan artis dan juga pakaian yang diperagakannya. Dan ini contoh bagaimana seorang lelaki maskulin sepatutnya berpakaian, pada pendapat aku.


Brian Jones



Brian Jones adalah salah seorang anggota dari band The Rolling Stones, yang berasal dari Cheltenham, UK. Sebelum Rolling Stones, Brian mulakan langkah muziknya bersama band The Cheltone Six sebagai pemain klarinet, dan kemudiannya menyertai band The Ramrods. Dia kemudiannya bertemu dengan Mick Jagger dan Keith Richards, lalu menubuhkan The Rolling Stones pada tahun 1962.

Apa yang aku nak fokuskan dekat sini ialah suitnya yang double - breasted 6 butang, 3 poket,berwarna hitam, diselangi dengan 'stripe' warna putih dengan garisan yang berwarna merah sedikit, rupanya seakan - akan Boating Blazer, tetapi ia dikenakan dengan seluar yang matching, sama warna dan corak pada jaket. 

Seperti gambar di atas, dia melengkapkan Suitnya dengan baju putih berkolar besar dan tinggi kerana ia menutup leher sepenuhnya, dengan tali leher dan pocket square berwarna merah dan mempunyai corak 'polka dot' berwarna putih menyerlahkan lagi busana yang dipakai lelaki ini.

Kalau nak tengok 'full attire' suit ni, sila scroll ke bawah....dimana kita boleh lihat kasutnya. Bersesuaian dengan suit ini, dia memakai Chelsea Boots yang mempunyai tapak tumit yang tinggi (Cuban Heels), mungkin berwarna krim, dengan potongan seluar yang hujung kakinya diletakkan atas dari buku lali, menampakkan ke'macho'annya apabila berjalan ( tengok muka dia pun penuh confident, haha).

Penuh Gaya.  Anda Berani? Cubalah!

Akhir sekali yang paling penting dalam semua ni ialah rambutnya! Mop top, atau The Beatle Cut...pada masa itu sangat popular di kalangan remaja UK, tidak kira ahli politik, ahli perniagaan, model ternama, penyanyi juga pelakon banyak menggayakan rambut seperti ini.....astounding!




Thursday, 7 March 2013

Music Box #10 - The Specials

The Specials



The Specials merupakan sebuah band Two-Tone Ska yang di tubuhkan pada 1977 di Coventry, UK. Band yang membawa Ska, Rocksteady dan Reggae, dicampurkan dengan energi dan karekteristik dari punk. Dianggotai oleh Terry Hall, Jerry Dammers, Neville Staples, Lynval Golding, Horace Panter dan Roderick James Byers. Antara lagu - lagu hit mereka adalah Gangsters, Rat Race, Do The Dog, Ghost Town, Nelson Mandela dan selebihnya adalah lagu-lagu cover dari artis Ska yang terdahulu...

Ingat tak pada entri Music Box #5 - Derrick Morgan dimana dia merupakan antara penggiat Ska gelombang pertama (1st wave Ska)? The Specials pula adalah salah satu band Ska pada gelombang yang ke 2, dikenali juga sebagai Two Tone Ska. Berpakaian ala Mod 1960an dan Rudeboys dari Jamaica menarik minat golongan pergerakan Mod Revival, Punk Dan Skinhead.


Watak 'Walt Jabsco' si Rudeboy dan corak check hitam putih adalah simbolik dari penyatuan orang kulit putih dengan kulit hitam.
Mengapa ia dinamakan Two Tone ? Kerana pada awal pembabitan mereka di tahun 1977 berlakunya permusuhan dan berbezaan fahaman di antara kaum kulit putih dengan kulit hitam yang sangat kritikal. Mereka antara band dan pergerakan yang tidak menyokong dan tidak mahu terlibat dengan perbalahan antara kaum ini lalu wujudlah pergerakan Two Tone, dimana mereka mengajak untuk bersatu dan menjauhkan persengketaan kaum melalui muzik mereka.

The Specials masih aktif sehingga kini......
Mereka membuat 'tour' sambil menyampaikan mesej unity dan jauhi diskriminasi perkauman, ini adalah kerana anggota band mereka ada yang berkulit hitam, menunjukkan semangat setiakawan dan tidak berat sebelah kepada manusia berkulit berlainan warna. 

Music Box kali ini mempersembahkan The Specials dengan lagu mereka:

Gangsters



Wednesday, 6 March 2013

Dedicated Follower Of Fashion #8 - Stail Rambut

David Bowie, 1965.

Hello Mates, malam ni tetiba pulak hujan...sebab siang tadi panas, memang panas sepanas panasnya.... Kerja minggu ni agak 'hectic' sikitlah...baru nak duduk skejap seminit dua ade je kerja panggil...tapi tak ada hal lah, semangat working class itu membara! Teringat seketika dengan ape yang berlaku di Sabah...doakanlah perajurit - perajurit disana agar selamat sentiasa demi mempertahankan negara.


Dalam banyak - banyak benda aku terlupa pulak satu lagi tips untuk melengkapkan gaya segak dan tampan seorang Mod ni...iaitu padanan gaya pada rambut. Ini adalah diantara jenis - jenis potongan rambut, aku cadangkan pada korang stail - stail yang macam ini:

Crew Cut/Crop


Gaya rambut crew cut ini biasanya potongannya sekata (mungkin 1/4 atau lebih pendek lagi). Potongan jenis ini kita boleh lihat pada askar - askar. Nama lain selain Crew Cut ialah Burr Cut.


Ceasar Cut

Ceasar Cut ni kalau kita perhatikan macam rambut ala filem gladiator tu haha, rambut sebelah tepi dan belakang di nipiskan sedikit dan didepan sedikit panjang supaya ade 'fringe'.


Fringe Cut

Fringe Cut sama macam Ceaser Cut cuma depannya di panjangkan lagi sampai ke bulu kening, biasanya potongan jenis ini adalah untuk orang - orang yang berdahi luas kerana 'fringe' yang panjang mampu untuk menutup dahi - dahi jendul.


The Ivy League/Pendek di tepi dan belakang.

Ivy League ni adalah fesyen rambut yang di adaptasikan daripada pelajar - pelajar Universiti atau college era pertengahan 1950an. Rambut yang pendek dan kemas dan di depan berjambul sedikit. Rambut sebegini biasanya akan mengikut pada bentuk kepala seseorang.


Layer Cut

Layer cut adalah antara potongan rambut yang 'basic', dan juga antara yang paling popular sepanjang zaman. Ia juga sepadan pada apa - apa bentuk kepala sekali pon, dan rambutnya akan dipotong berlapis dimana sebahagian dari rambut dibiarkan panjang dan sebahagian lagi di pendekkan. Contohnya seperti gambar Steve Marriot ( Small Faces) di atas tu.


Horseshoe Flat Top

Flat Shoe Flat Top diambil dari pada ladu kuda kerana bentuk rambut itu tak ubah seperti ladu kuda dari pandangan atas kepala. Ianya pendek di bahagian tepi tetapi ada variasi pada panjangnya rambut di bahagian atas.

The Beatle Cut

Beatles! Siapa tak kenal dengan Beatles...a very British phenomenon, dan ini adalah gambar George Harrison ( The Beatles ) dimana gaya rambut ni kalau dilihat memang popular pada zaman kegemilangan The Beatles. Rambut ala mop ini menjadi trend ikutan remaja 60an berlarutan sehingga tahun 1970an...tetapi fesyen ini masih ada sehingga sekarang.


The Pageboy Cut


Dan yang terakhir ini adalah Pageboy Cut dimana stail rambut ini sama sahaja dengan Beatle Cut, dalam versi panjang di belakang dan tepi. Kalau diperhatikan gambar Rod Stewart ni dia mempunyai potongan Pageboy cut yang dinipiskan dan rambut di bahagian atas akan disikat dengan cara 'back combing' dimana rambut disikat kebelakang, untuk menampakkan rambut itu kelihatan lebat.

Smart dan kemas bukan? Ini adalah cara dadanan rambut yang patut dimiliki oleh setiap lelaki agar kelihatan tampan segak den penuh gaya...kerana rambut adalah mahkota dan rambut juga lah mencerminkan jati diri.


Tuesday, 5 March 2013

The Society Of Cool #5 - Eddie Piller

'The Society Of Cool', membentangkan tentang individu - individu yang membawa obor Mods, dan fesyen yang 'preppy', 'dandy' dan 'sharp' di serata dunia, dari tahun awal kelahirann Mods hingga ke masa kini. Aku akan menceritakan tentang personaliti, celebriti dan artis dan juga pakaian yang diperagakannya. Dan ini contoh bagaimana seorang lelaki maskulin sepatutnya berpakaian, pada pendapat aku.


Eddie Piller 


Eddie Piller, berasal dari London, UK, adalah penggiat pada pergerakan Mod Revival pada akhir1970an. 
Dia pernah mengeluarkan 'fanzine'nya sendiri iaitu Extraordinary Sensations, pada masa yang sama dia menjadi DJ dan 'concert promoter'. Beberapa tahun kemudian pada 2010, dia menubuhkan sebuah online radio atau 'podcast' yang diberi nama 'Modcast'.

Okay, pada gambar diatas tu adalah Eddie Piller yang terkini. Tua, tetapi semangat Modnya tidak pernah luntur. Kalau dilihat pada gambar itu dia memakai Harrington yang di zip ke dada dan didalamnya kita boleh lihat sedikit vest 'V' neck yang berwarna hitam, dan baju kemeja hijau terang atau turquoise?

Seluar jeans mungkin dari Levi's 505, sebab kalau 501 dia akan 'shrink' mengikut kaki. Seluar jeans dilipat 5 inci ke atas. Ada ternampak sedikit tali pinggangnya dan yang terakhir sekali untuk 'finishing touch' adalah Chelsea Boots yang berwarna dark brown. Memang kena padanya, dengan usia yang sudah lanjut namun ia tetap segak, kasual dan smart. Pada aku, ini adalah salah satu stail yang santai dan kebanyakan pengikut Mod Revival pada era 80an majoritinya berpakaian seperti ini selain memakai suits. Teringat masa muda - muda dulu.....





Monday, 4 March 2013

Music Box #9 - Dobie Gray

Dobie Gray(1940 - 2011)



Dobie Gray berasal dari Houston Texas, merupakan seorang penyanyi solo dan penulis lirik dari Amerika yang dimana karier musikalnya berkembang dengan membawa rentak Soul, Country Pop dan juga teater musikal. Antara rekod hitsnya adalah "The In Crowd" pada 1965 dan "Drift Away", dimana pernah menjadi Hits terbaiknya pada 1973, rekodnya dijual sebanyak sejuta unit dan masih disiarkan di stesen radio. 



Dia juga pernah bekerjasama dalam penulisan lagu - lagu untuk Ray Charles, George Jones, Johnny Mathis, Charlie Pride dan Don Williams. Dobie Gray juga diminati oleh peminat Northern Soul dan sepanjang zaman itu lagu - lagunya sering diputarkan dalam Discotheque dan Dancehall seperti Di Wigan Casino, Great Manchaster dan Stoke On Trent, Stadfordshire, UK.

Music Box kali ini membawa anda Dobie Gray dengan lagunya:

The In Crowd


Sunday, 3 March 2013

Dedicated Follower Of Fashion #7 - Jaket

Salam sejahtera semua, kali ini aku akan mengupas apakah jenis-jenis jaket yang dipakai seorang Mod...Mungkin ini juga akan menjadi sebuah koleksi untuk anda pakai kemana sahaja anda pergi....kerana aku adalah seorang yang 'clothes mad'....dan aku memberi pendapat apakah jaket yang sesuai selain hanya memakai 'windbreaker' sahaja...


Parka



Seperti yang aku pernah ceritakan sebelum ni, parka asalnya adalah pakaian lazim seorang Mods...kenapa? kerana ia adalah jaket yang sesuai untuk melindungi suit mereka yang 'mahal' itu dikala menunggang skuter diwaktu hujan....kebiasaannya jenis 'fishtail parka', berwarna hijau askar dan labuh melepasi paras punggung...mungkin ini juga untuk dipakai bila musim sejuk tiba....fabriknya ada yang agak berat dan ada pengeluar yang mengeluarkan jaket jenis ini dengan yang lebih ringan mengikut cuaca....Aku pernah ada satu dulu, agak panas kalau nak pakai kat Malaysia nih...


Peacoat


Peacoat adalah antara jaket 'favourite' aku..memang stail....aku mencari - mencari jaket jenis macam ni. Fabrik asalnya yang wool dan agak tebal ini adalah jenis jaket yang biasa dipakai oleh tentera Navy dan pegawai atasan beberapa negara seperti di Rusia, Amerika dan Britain. Kalau tak silap aku kat cerita James Bond "Skyfall" pon ade pakai jaket ni.....warna asal jaket ini ialah Biru Navy dan kemudian ade beberapa warna yang lain selepas ianya menjadi salah satu fesyen yang menjadi ikutan seluruh dunia. Bergaya bukan?


Monkey Jacket




Monkey jacket ni lebih kurang sama designnya dengan windbreaker cuma windbreaker fabriknya agak nipis dan monkey jacket adakalanya jenis cotton, dan ade sebahagian pembuatannya dari polyester...agak ringan dan selesa untuk dipakai...

Harrington


Jaket ni kalo korang tengok macam lebih kurang dengan monkey jacket tetapi ape yang aku minat dengan jaket ni ialah ianya mempunyai corak 'tartan' didalamnya. Tartan biasanya adalah corak yang terdapat pada kain kilt pemain 'bagpipe' scotland kalau korang tahu...(google kalo musykil)....agak selesa jugak bila dipakai kerana ianya ringan dan kurang panas.

Military Jacket


Jaket macam ni lebih kurang sama dengan Parka yang korang tengok kat atas tu...yang aku ingat Liam Gallagher dari Oasis ada pakai military jaket macam ni. Fabriknya sama seperti parka...cuma reka bentuknya yang mempunyai banyak poket membezakannya dengan Parka. Sesuai untuk pergi memburu....

Bomber/Flight Jacket


Bomber ataupun dikenali sebagai Flight jaket ini adalah pakaian tentera udara dimana fabriknya agak nipis tetapi amat selesa dan tidak panas bila dipakai. Jaket ini biasanya dipakai golongan Skinhead tetapi selepas Mod revival 70an jaket ini juga dipakai oleh golongan Mods...



Sunday, 24 February 2013

Music Box #8 - The Kingsmen

The Kingsmen (1959 - Kini)




The Kingsmen adalah sebuah band Beat/Garage Rock pada era 1960an, berasal dari Portland, Oregon, AS.  Mereka dikenali melalui lagu rakaman Richard Berry iaitu Louie Louie, dimana ia berada di tempat kedua Billboard selama 6 bulan berturut - turut.

Band ini dianggotai oleh Mike Mitchell, Dick Peterson, Steve Peterson, Todd McPherson dan Dennis MItchell. Dan antara single mereka yang terbaik ialah 'Money',' Little Latin Lupe Lu' dan 'The Jolly Green Giant'.

Music Box kali ini mempersembahkan The Kingsmen dengan lagu mereka:

Louie Louie



The Society Of Cool #4 - Marc Bolan ( T -Rex )

'The Society Of Cool', membentangkan tentang individu - individu yang membawa obor Mods, dan fesyen yang 'preppy', 'dandy' dan 'sharp' di serata dunia, dari tahun awal kelahirann Mods hingga ke masa kini. Aku akan menceritakan tentang personaliti, celebriti dan artis dan juga pakaian yang diperagakannya. Dan ini contoh bagaimana seorang lelaki maskulin sepatutnya berpakaian, pada pendapat aku.


Marc Bolan

Marc Bolan

Siapa pernah dengar nama band T.Rex? Band yang wujud pada 1967 terkenal dengan music Glam Rock dan Folk Rock di zaman kegemilangannya pada tahun 1970an itu mempunyai seorang vokalis yang mantap bernama Marc Bolan. 

Sebelum dia menjadi seorang penyanyi di awal kariernya, dia adalah antara seorang Mod terawal di UK. Dia juga merupakan perintis utama disertai rakan - rakannya yang lain didalam mewujudkan falsafah, fesyen dan juga idea Modernism pada zamannya....

Kalo korang perasan gambar kat atas tu bukan lah cara pemakaian seorang Mod, kerana dia sudah memasuki fasa Glam Rock 70an. Yang aku nak ceritakan ialah gambar ini!:

                                     

Wow! Dengan jaket 'Peacoat'nya yang berwarna hitam, seluar corduroy berwarna krim dan 'Chelsea boots'nya yang slick ( mungkin kulit atau baldu ) dengan rambut yang pendek membezakan dia dengan gambar yang diatas!! Ini adalah antara pakaian yang 'casual' (band - band Indie banyak guna pakai fesyen ini) dan patut dicontohi walaupun dia tidak memakai suit tetapi bagi aku ia adalah satu pilihan yang bijak untuk berpakaian... Apa pendapat korang?

   
                                                          








Friday, 22 February 2013

Dedicated Follower Of Fashion #6 - Keturunan Mods

 Keturunan Mods

Salam sejahtera to all mates, ada di antara kalian yang tidak tahu bahawa berlakunya evolusi sesudah berakhirnya era Mods di penghujung tahun 1960an. Mods telah berpecah kepada beberapa kumpulan lagi namun falsafah, pakaian serta muziknya tidak sedikit pun lari dari usulnya. Ini adalah diantara keturunan Mods mengikut tahunnya:

Mods (1960 - 1969)

Dari Mods typical ke pada Hard Mods.


Skinheads (1968 - 1970)

Mods berubah kepada Skinhead, ada nama samaran lain seperti Peanuts kerana stail rambut mereka dipendekkan seprti askar dan memakai Boot dan Braces (suspenders). Skinhead Berasal dari Mods yang tidak menyukai revolusi dan idea Hippies. Skinhead juga berevolusi kepada beberapa cabang Skinhead yang lainnya.

Suedehead (1969 -1977)

Selepas Era Skinhead, skinhead berubah lagi ke pada Suedehead setelah Skinhead berdepan dengan kecaman racism dimana kebanyakan Skinhead menyertai parti Nazi dan socialist yang mahu mengusir pendatang - pendatang asing yang melambak datang mencari kerja di negara mereka. Minoriti Skinhead yang tidak bersekongkol dengan idea itu berubah menjadi Suedehead.



Smoothies (1977 - 1980)

Smoothies adalah revolusi dari Suedehead dimana mereka tidak lagi terlalu ekstrim dan radikal terhadap sesuatu pegangan dan fahaman dan majoriti smoothies kembali ke pada asal usul mereka iaitu Mods (Revival 70an).



Mods Revival ( 1970an - kini)

Mods Revival adalah cabang Mods yang telah di campur adukkan dengan era pasca Punk '77 dimana influence muziknya dari Punk tetapi pakaiannya mengikut tradisi Mods 60an dan beberapa fesyen keturunan - keturunan selepas era Mods 60an. Britpop dan kemudiannya penggerak Indie juga banyak mengadaptasi fesyen Mods selepas itu.

Itu adalah antara keturunan Mods yang telah berevolusi dari zaman ke zaman, dan fesyennya berubah mengikut waktu, apa yang penting...ianya tetap elegan dan kemas yang pastinya segak dan bergaya! Ada berani?



Thursday, 21 February 2013

Music Box #7 - The Animals

The Animals ( 1963 - 1983 )


The Animals, band 1960an yang bergenre Blues Rock, hard Rock, Psychedelic Rock dan R'n'B ini berasal dari Newcastle UK. Dianggotai oleh Eric Burdon, John Steel, Mick Gallagher, Pete Barton, John Williamson dan Danny Handley.

Antara lagu - lagu hit The Animals adalah " The House Of The Rising Sun" , "Don't Let Me Be Misunderstood", " We Gotta Get Out Of This Place"  dan " It's My Life". Suara kejantanan Eric Burdon lah yang menjadikan band ini antara band R'n'B yang termahsyur dan mampu menandingi penyanyi - penyanyi R'n'B berkulit hitam pada zaman itu.

Music Box kali ini mempersembahkan The Animals dengan lagunya,

Please Don't Let Me Be Misunderstood



Wednesday, 20 February 2013

The Society Of Cool #3 - Craig Roberts

'The Society Of Cool', membentangkan tentang individu - individu yang membawa obor Mods, dan fesyen yang 'preppy', 'dandy' dan 'sharp' di serata dunia, dari tahun awal kelahirann Mods hingga ke masa kini. Aku akan menceritakan tentang personaliti, celebriti dan artis dan juga pakaian yang diperagakannya. Dan ini contoh bagaimana seorang lelaki maskulin sepatutnya berpakaian, pada pendapat aku.

Craig Roberts


Craig Roberts merupakan seorang pelakon berasal dari South Wales, terkenal dengan watak Oliver Tate di dalam filem "Submarine", sebuah filem komedi dan juga memegang watak sebagai Rio di dalam siri TV "The Story Of Tracy Beaker".

Walaupun dia bukan seorang Mod, tetapi apa yang dipakainya adalah sumber inspirasi fesyen dari Mods di dekad 60an juga...Apa yang menarik minat aku dalam gambar ini ialah perincian suitnya. Dengan warna 'tonic Maroon', 3 butang tanpa dibutangkan dan mengikut saiz badannya, dilengkapi dengan baju putih, bertali leher warna coklat dan mempunyai 'tie clip' pada tali leher ( tali pinggang simple tapi smart ) itu menampakkan kekemasan si pemakai yang stail! 

Cuma...cara posing tu nampak len macam je...kalo pegang pistol ke macam James Bond pon smart jugak ye dak? Haha....

Tuesday, 19 February 2013

Music Box #7 - The Small Faces

The Small Faces ( 1965 - 1979 )



The Small Faces adalah sebuah band rock 'n' Roll, R'n'B dan Psychedelic Pop dari London UK, bermula pada tahun 1965 dengan anggotanya Steve Marriot, Ronnie Lane, Kenney Jones dan Jimmy Winston. Jimmy Winston menarik diri daripada band pada 1966 dan disertai oleh Ian MacLagan sebagai keyboardist.

Band ini menjadi antara band yang berpengaruh pada 1960an didalam Mod scene, dengan hit - hit seperti  "Itchycoo Park", "All Or Nothing", "Here Comes The Nice", Tin Soldier dan Album penuh mereka iaitu "Ogdens' Nut Gone Flake". The Smalls Faces kemudian beralih arah kepada genre 'Psychedelic' tidak lama sebelum band itu dibubarkan pada tahun 1969.

Selepas pembubaran band, sebahagian anggotanya menubuhkan band The Faces, dimana Rod Stewart pula menjadi vokalis utamanya.The Small Faces juga merupakan salah satu band yang menjadi sumber inspirasi band - band pergerakan Britpop pada 1980/1990an dan diantara band yang evergreen dan dikenali  Mods sehingga kini.


Pilihan Music Box kali ini ialah dari The Small Faces dengan lagunya,

Sha-La-La-La-Lee




Sight Seeing @ Cameron Highlands

Aku malas nk tulis banyak hari ni, cuma aku boleh paparkan keindahan - keindahan yang mampu aku ceritakan melalui gambar sahaja. Enjoy!






















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...