Showing posts with label outting. Show all posts
Showing posts with label outting. Show all posts

Sunday, 12 May 2013

Mods Mayday 2013 Kuala Lumpur.




Fewh, setelah sekian lama menanti akhirnya hari yang ditunggu - tunggu sudah pun berlalu. Mods Mayday, hari perjumpaan skuter - skuter klasik serta rakan taulan yang lama dan baru datang memeriahkan event yang jarang nak dapat tengok kat tanah air ni....Terima kasih pada Wak Doyok kerana menganjurkan 'event' ini!!

Pada hari itu kenalan2 dari seluruh Malaysia turun padang, tidak lupa pada rombongan-rombongan yang datang dari Thailand dan juga Singapura turut hadir menghangatkan suasana. Bingit bunyi enjin2 skuter ibarat satu irama jalanan yang merdu....berkumpul di hadapan sebuah pub yang bernama Across The Road di Bangsar,KL.

Aku dan skuter2 pengunjung


Aku dan rakan2 datang awal sebelum event bermula, pada flyers waktunya adalah jam 8:00 malam, kami tiba jam 7:00 lagi.... Sewaktu kami tiba, sudah ada beberapa Vespa dan Lambretta parking dihadapan deretan kedai2 sambil2 itu ternampak masih ada banyak skuter yang lalu lalang hendak mencari tempat parking...kebetulan aku membawa kamera bersama, sempat juga aku dan rakan2 ber'posing' sakan dihadapan skuter2 yang berada di parking....kami bergaul dengan mereka2 yang datang, bertanya khabar dan bertanya dari negeri manakah asal mereka.

Aku, rakan dan kenalan.


Kami kemudiannya lepak di sebuah kedai mamak berhampiran... membasahi tekak yang sudah lama kering, sementara menunggu waktu berlangsungnya acara itu. Beberapa minit kemudian, pengunjung semakin ramai berpeleseran, skuter bertambah banyak....terasa bahangnya malam itu. Kedengaran 'MC' memanggil kami untuk masuk kedalam, pada awalnya kami fikir 'admission' RM15 perlu dibayar...tetapi ia bertukar menjadi percuma!!! 

Acara bermula dengan kedengaran lagu - lagu Ska dan Reggae diputarkan sementara band menyiapkan diri untuk perform. Kelihatan beberapa Mods bergoyang melayan lagu2 itu...Suasana semakin hangat, para pengujung bertambah padat dengan bermulanya persembahan band pertama, kami sudah bermandikan peluh! Lagu2 yang dimainkan band menyebabkan pengunjung semua berdansa, kerana lagu2nya lazim ataupun lagu2 'anthem' Mods...Kami tak henti2 menekan butang kamera untuk mengambil seberapa banyak gambar untuk dijadikan kenangan....

Dibawah adalah lebihan gambar2 yang diambil:






















Tuesday, 19 February 2013

Sight Seeing @ Cameron Highlands

Aku malas nk tulis banyak hari ni, cuma aku boleh paparkan keindahan - keindahan yang mampu aku ceritakan melalui gambar sahaja. Enjoy!






















Tuesday, 12 February 2013

Year Of The Water Snake @ Melaka


Seronok betul cuti.... Aku selalu mengimpikan cuti yang panjang sebigini... hanya untuk relakskan diri, lagi - lagi keluar dari kesibukan metropolitan, keluar dari kepompong keserabutan di benak yang tak henti - henti mengetuk pintu rasionaliti mindaku....muntah hijau...putih mata, menonggeng....

Dian, baru bangun tidur



Aku bersama keluarga... sebelum subuh kami dah terpacak, segar-bugar...dalam kedinginan dan sayup - sayup angin bergoncang disertakan irama dengkuran manusia - manusia leka dibuai igauan ngeri... mungkin ade yang mimpi basah (oops)...turun tangga dari rumah menuju ke kereta yang juga lena diusap bayu membelai bumpernya....

Dekat rumah sedara...

Kami sudah merancang perjalanan untuk ke Melaka seminggu sebelumnya, dengan merealisasikan impian...kami bergerak mengikut rancangan...pukul 5:30 pagi....menuju ke Melaka kota penuh sejarah....kerana dikhuatiri akan sesak  selepas jam 8 pagi... kami ke sana kerana dijemput oleh saudara yang menetap di Desa Duyong, berdekatan dengan kawasan dimana terletaknya Telaga Hang Tuah.



Percutian 4 hari itu dipenuhi dengan program jalan sakan dan belanja sakan....ditambah pula waktu perayaan CNY sakan,memanglah sesak kota Melaka ni ...tapi ia tidak menganggu gugat 'plan' kami, yang pastinya ia menjadi...Saudara kami lah yang menjadi tourist guide kami di Melaka... Walaupun beberapa kali pernah datang ke Melaka ni....inilah pertama kali turun Melaka dengan isteri dan anak kesayangan....



Kami ke merata tempat, Telaga Hang Tuah,Rumah Tradisional Melaka,Dataran Pahlawan/Megamall, Kampung Portugis, kampung lambakan orang Bugis,perkampungan jutawan jual besi, Mamaku Food Industry Merlimau, bergambar dengan patung Datuk Wira Dr. Gan Boong Leong, bergambar dengan Singa sesat, Naga main bola, makan asam pedas Pantai Kelebang...sesat kat kelebang sampai dah nak dekat dengan Port Dickson (saudara aku lupa jalan balik)...




Yang paling menarik perhatian aku ialah sebuah kota yang bakal siap tidak lama lagi...mungkin tak semua tahu atau aku je yang baru tahu, dekat dengan kawasan Telaga Hang Tuah tu terdapat beberapa rumah dan sebuah istana ibarat kota Melaka purba, aku terpegun dengan seni pertukangannya, saudara aku kata sebahagian dari materialnya di tempah dari Indonesia...walaupun belum seratus peratus siap, aku yakin ia akan menjadi tarikan pelancong yang terbaik pernah aku lihat...lagi - lagi dekat dengan Telaga Hang Tuah, pasti dia bangga menjadi orang Melaka....







Malangnya,ada beberapa tempat yang aku tak dapat pergi, Jonker Street, Menara Taming Sari, naik bot dekat sungai....tapi aku tetap berpuas hati....ini pun kira okay apa,benda macam ni tak selalu datang....peluang sebegini tak patut dilepaskan....aku datang Melaka pon goyang kaki je...ape ade hal....

Friday, 1 February 2013

Sawasdee Lunch @ Sri Ayutthaya

Salam February mates.....31hbn January yang lepas, aku dan officemate pergi lunch bersama....selama 2 tahun tak pernah aku keluar lunch bersama, ni lah kali yang pertama. Bos yang cadangkan, aku pun tak tahu lah ape angin pulak yang si bos ni nak blanje makan ...Dia kata nak celebrate untuk Chinese New Year, dia nak tunjuk kawan - kawan aku macam mana rupa hidangan Yee Sang katanya... 


Muke lapar, gelojoh dan x sabar...


Dia ada tanya aku restoran Cina mana yang halal kat area Wangsa Maju ni, yang aku ingat Restoran Abdullah Chan...tapi tak ade sajian Yee Sang....Akhirnya tak ade pilihan, kami pergi ke Sri Ayuthaya berhadapan Carrefour tu, restoran yang mensajikan masakan Thai.....skali pandang, macam haunted house la....tapi bila masuk dalam...pergh, macam istana....

Restoran Sri Ayutthaya

Kebetulan nak masuk dalam restoran tu aku terpandang la satu poster ni dia paparkan gambar Yee Sang lepas tu ade la promotion dia ape benda lagi tah.....Agak terkejut beruk jugaklah dengan harga hidangan Yee Sang tu...ada la dekat RM200++ !!....Bos aku terus cancel plan Yee Sang tu.....

Aku dan geng The Kebulors, bos aku yang baju putih tu...

Dalam tak tahan menahan kelaparan waktu tu bos aku suruh order je la dah tak ada pilihan lain ( ternampak wajah kehampaan bos)....kami pun mula meng -order....Agak menarik dan menelan air liur jugaklah dengan menunya...mengundang mustafa...eh nestapa....Nama - nama masakan dalam menu dia dalam sebutan bahasa Thai, yang aku tak berapa reti nak sebut sebab aku bukan orang Siam...Antara menu yang kami order adalah: 


Udang Butter...Sawasdee kap....


Ikan 3 Rasa ...Kap mung kap....


Tom Yam Ayam dan Sup Ayam Kurang Pedas (belakang). ....banyak ca kap.



Ada officemate aku yang tak makan pedas jadi kami order lah Tom Yam dan Sup Ayam kurang pedas....yang ikan tu dah tentu tak pedas sebab dia 'sweet sour' je....Yang udang tu sedap gile la...(tengok gambar - gambar ni meleleh pulak air luir aku haha).....Jadi sebelom start makan aku request la untuk amik gambar - gambar ni dulu sebagai kenang - kenangan dalam masa yang sama aku masuk la kat entri ni.....

Muke Sangap......


Selesai sudah makan, perut membuncit...dalam kedinginan air cond  dan suasana yang tenang aman damai tu .... Ade pulak sorang member aku ni request desert dengan bos aku.....Bos pon bagi la green light....member aku ni pantang skit lepas makan tak ada desert jadi dia pon order la....

Amek kau...aku pon tak tahu ape nama makanan ni....

Nak kata pelik, tak ada peliknya....macam makanan lazim orang kita je....satu pulut hijau, sebelah pulak pulut putih....ade santan, tapi bila aku makan bukan santan...dan ada buah mangga...dan bunga...Member aku dah bedal mangga dulu....aku sempat makan yang hijau je....nampak sangat kebulur...hahaha....lepas abes makan, bil pun sampai....Bos aku tengok bil macam nak makan kertas bil tu je....mula - mula aku ingat mahal sangat lah....rupa -rupanya RM230 untuk 5 orang makan, kira murah la tu kan? Bos pon berpuas hati dengan harga tu, thanks bos! Nanti aku punya turn pulak belanja......

p/s: Jourdan, wish you were there... with us.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...