Showing posts with label kenangan. Show all posts
Showing posts with label kenangan. Show all posts

Sunday, 12 May 2013

Mods Mayday 2013 Kuala Lumpur.




Fewh, setelah sekian lama menanti akhirnya hari yang ditunggu - tunggu sudah pun berlalu. Mods Mayday, hari perjumpaan skuter - skuter klasik serta rakan taulan yang lama dan baru datang memeriahkan event yang jarang nak dapat tengok kat tanah air ni....Terima kasih pada Wak Doyok kerana menganjurkan 'event' ini!!

Pada hari itu kenalan2 dari seluruh Malaysia turun padang, tidak lupa pada rombongan-rombongan yang datang dari Thailand dan juga Singapura turut hadir menghangatkan suasana. Bingit bunyi enjin2 skuter ibarat satu irama jalanan yang merdu....berkumpul di hadapan sebuah pub yang bernama Across The Road di Bangsar,KL.

Aku dan skuter2 pengunjung


Aku dan rakan2 datang awal sebelum event bermula, pada flyers waktunya adalah jam 8:00 malam, kami tiba jam 7:00 lagi.... Sewaktu kami tiba, sudah ada beberapa Vespa dan Lambretta parking dihadapan deretan kedai2 sambil2 itu ternampak masih ada banyak skuter yang lalu lalang hendak mencari tempat parking...kebetulan aku membawa kamera bersama, sempat juga aku dan rakan2 ber'posing' sakan dihadapan skuter2 yang berada di parking....kami bergaul dengan mereka2 yang datang, bertanya khabar dan bertanya dari negeri manakah asal mereka.

Aku, rakan dan kenalan.


Kami kemudiannya lepak di sebuah kedai mamak berhampiran... membasahi tekak yang sudah lama kering, sementara menunggu waktu berlangsungnya acara itu. Beberapa minit kemudian, pengunjung semakin ramai berpeleseran, skuter bertambah banyak....terasa bahangnya malam itu. Kedengaran 'MC' memanggil kami untuk masuk kedalam, pada awalnya kami fikir 'admission' RM15 perlu dibayar...tetapi ia bertukar menjadi percuma!!! 

Acara bermula dengan kedengaran lagu - lagu Ska dan Reggae diputarkan sementara band menyiapkan diri untuk perform. Kelihatan beberapa Mods bergoyang melayan lagu2 itu...Suasana semakin hangat, para pengujung bertambah padat dengan bermulanya persembahan band pertama, kami sudah bermandikan peluh! Lagu2 yang dimainkan band menyebabkan pengunjung semua berdansa, kerana lagu2nya lazim ataupun lagu2 'anthem' Mods...Kami tak henti2 menekan butang kamera untuk mengambil seberapa banyak gambar untuk dijadikan kenangan....

Dibawah adalah lebihan gambar2 yang diambil:






















Tuesday, 19 February 2013

Sight Seeing @ Cameron Highlands

Aku malas nk tulis banyak hari ni, cuma aku boleh paparkan keindahan - keindahan yang mampu aku ceritakan melalui gambar sahaja. Enjoy!






















Tuesday, 12 February 2013

Year Of The Water Snake @ Melaka


Seronok betul cuti.... Aku selalu mengimpikan cuti yang panjang sebigini... hanya untuk relakskan diri, lagi - lagi keluar dari kesibukan metropolitan, keluar dari kepompong keserabutan di benak yang tak henti - henti mengetuk pintu rasionaliti mindaku....muntah hijau...putih mata, menonggeng....

Dian, baru bangun tidur



Aku bersama keluarga... sebelum subuh kami dah terpacak, segar-bugar...dalam kedinginan dan sayup - sayup angin bergoncang disertakan irama dengkuran manusia - manusia leka dibuai igauan ngeri... mungkin ade yang mimpi basah (oops)...turun tangga dari rumah menuju ke kereta yang juga lena diusap bayu membelai bumpernya....

Dekat rumah sedara...

Kami sudah merancang perjalanan untuk ke Melaka seminggu sebelumnya, dengan merealisasikan impian...kami bergerak mengikut rancangan...pukul 5:30 pagi....menuju ke Melaka kota penuh sejarah....kerana dikhuatiri akan sesak  selepas jam 8 pagi... kami ke sana kerana dijemput oleh saudara yang menetap di Desa Duyong, berdekatan dengan kawasan dimana terletaknya Telaga Hang Tuah.



Percutian 4 hari itu dipenuhi dengan program jalan sakan dan belanja sakan....ditambah pula waktu perayaan CNY sakan,memanglah sesak kota Melaka ni ...tapi ia tidak menganggu gugat 'plan' kami, yang pastinya ia menjadi...Saudara kami lah yang menjadi tourist guide kami di Melaka... Walaupun beberapa kali pernah datang ke Melaka ni....inilah pertama kali turun Melaka dengan isteri dan anak kesayangan....



Kami ke merata tempat, Telaga Hang Tuah,Rumah Tradisional Melaka,Dataran Pahlawan/Megamall, Kampung Portugis, kampung lambakan orang Bugis,perkampungan jutawan jual besi, Mamaku Food Industry Merlimau, bergambar dengan patung Datuk Wira Dr. Gan Boong Leong, bergambar dengan Singa sesat, Naga main bola, makan asam pedas Pantai Kelebang...sesat kat kelebang sampai dah nak dekat dengan Port Dickson (saudara aku lupa jalan balik)...




Yang paling menarik perhatian aku ialah sebuah kota yang bakal siap tidak lama lagi...mungkin tak semua tahu atau aku je yang baru tahu, dekat dengan kawasan Telaga Hang Tuah tu terdapat beberapa rumah dan sebuah istana ibarat kota Melaka purba, aku terpegun dengan seni pertukangannya, saudara aku kata sebahagian dari materialnya di tempah dari Indonesia...walaupun belum seratus peratus siap, aku yakin ia akan menjadi tarikan pelancong yang terbaik pernah aku lihat...lagi - lagi dekat dengan Telaga Hang Tuah, pasti dia bangga menjadi orang Melaka....







Malangnya,ada beberapa tempat yang aku tak dapat pergi, Jonker Street, Menara Taming Sari, naik bot dekat sungai....tapi aku tetap berpuas hati....ini pun kira okay apa,benda macam ni tak selalu datang....peluang sebegini tak patut dilepaskan....aku datang Melaka pon goyang kaki je...ape ade hal....

Wednesday, 23 January 2013

Sebuah Band . Sebuah Kenangan . part 3

Dalam pelbagai rintangan dan cabaran dilalui, terselit jua pengalaman manis dan mencuit hati kami semua, kalo nak di ingatkan...tidak terkira. Ada yang aku masih ingat dan ada juga yang aku dah lama lupa... al maklumlah usia sudah meningkat dewasa, namun perjalanan pengalaman ini jugalah yang mendewasakan aku.....


Kami sudah diketahui orang dan menjadi buah mulut penggemar muzik se-Malaysia, ada juga teman yang datang dari band - band yang lain menjadi pendengar setia, ada juga yang anonymous.... beberapa negeri telah kami jelajahi, tapi yang mengecewakan adalah kami gagal untuk memenuhi permintaan setiap peminat dan organizers dek kerana masa dan keadaan yang tidak mengizinkan.

Semenjak mula kami ke medan ini, terdapat mereka - mereka yang memberi response yang  positif dan ada juga yang mengherdik dan memperkecilkan kami. Biasalah adat seperti ini di sudah menjadi lumrah dalam ape jua situasi atau ape sahaja yang dilakukan manusia , pasti ade pro dan kontranya. Seperti terbiasa dan lali dengan perkara - perkara sebegini, kami terus sahaja menongkah arus. Ini adalah satu passion pada kami dan kecenderungan terhadap itu tidak haus. 

Kami masih lagi dijemput oleh beberapa wartawan majalah dan stesen radio serta muncul di salah satu slot di stesen TV untuk diwawancara. Kami tidaklah mengejar populariti, tapi kami ambil ia sebagai satu establishment untuk memperkenalkan siapakah kami supaya se-Malaysia tahu wujudnya band ini di muka bumi dan untuk membuktikan bahawa band tidak famous seperti ini juga mampu masuk TV, aku ulangi.... TV!!!
 2 tahun dalam kegemilangannya , kekuatan untuk meneruskan apa yang dinamakan 'band of brothers' ini akhirnya tumpas dan dihempas oleh ombak yang tingginya mampu menimbus sejuta semangat kami semua....seorang demi seorang pergi meninggalkan kugiran ini disebabkan faktor - faktor yang aku sendiri tidak boleh nak perjelaskan kerana terlalu rumit situasinya. Kami kecewa, namun apakan daya....itulah hakikat dan kebenarannya. Apa - apa pun, aku tak pernah menyesali ape yang berlaku. Sekurang - kurangnya ape dihajati itu tercapai sudah. Kami tetap puas dengan pencapaian band ni. 

5 tahun sudah berlalu, aku pun sudah mendirikan rumah tangga....bahagia dengan kehidupan kini,dan kehidupan rakan - rakan seperjuangan ku juga masing - masing sudah ada 'benchmark' dan kerjaya mereka..... aku tidak pernah akan lupa sejarah yang terindah itu...cukup bermakna dan akan aku simpan dalam hati dan kunci dalam kotak fikiran agar ia sentiasa segar. Memori indahku. Memori indah kami bersama.

To Aliff, Amin, Lan Jimbo, Syafik dan Asros Nyet...dan mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.....


This is for you.

-TAMAT-

       




Monday, 21 January 2013

Sebuah Band . Sebuah Kenangan part 2


Kami meneruskan perjalanan muzik ini dengan adanya beberapa show dan gig yang kami sertai. Walaupun adakalanya tidak berbayar, namun kami gembira dengan penerimaan penonton terhadap karya yang dipersembahkan...membuktikan bahawa usaha gigih kami tak sia - sia selama ini. Bukan wang yang kami harapkan, ironinya wang juga lah yang diperlukan demi menjana sesebuah band.


Kami bergerak dengan hanya sebuah kereta, dengan 6  anggota band...sudah tentu sempit namun ia tidak mematahkan semangat kami....Sedikit wang yang dikongsi di antara kami, dapat juga menggerakkan kereta menuju ke destinasi.

Kuala Lumpur sudah kami pusing, kali ni kami sudah berani untuk pergi jauh... Dengan kegigihan dan keazaman, peluh lelah kami tidak kami hiraukan.... Kami bangga dengan pencapaian ini, tidak sangka pula sayap yang dahulu kecil kini sudah mampu untuk mengembang dan terbang tinggi...tapi kami tak pernah lupa diri.

Kami mengambil keputusan untuk merakam lagu - lagu kami di studio sebagai demo yang lebih bersih dan jelas didengari, dengan berbekalkan modal wang kocek kais pagi makan pagi....merakam lagu tidaklah semudah yang disangkakan, ianya mengambil 2 hingga 3 minggu untuk menyiapkan beberapa lagu ....akhirnya 5 lagu siap sebagai permulaan...

Usai sahaja rakaman, kami promosikan produk yang sudah dihasilkan....kami hantar demo yang tidak seberapa itu kepada beberapa stesen radio, yang mengejutkan kami,lagu kami diterima setelah mendapati lagu kami dimainkan oleh pihak mereka beberapa hari kemudian, tanpa pengetahuan kami.

Kami dipanggil oleh sebuah stesen radio untuk di wawancara, sekaligus kami dijemput untuk perform pada salah satu event mereka. Kami dapati bahawa inilah salah satu platform untuk kami teruskan berkarya dan peluang seperti ini sudah tentu kami tidak boleh lepaskan....ajaibnya, audience pada event itu juga dapat menerima dan kagum pada persembahan kami.

Showmanship tidak seberapa, namun kami perform dengan penuh yakin....band kami merupakan band 'opening' untuk event itu. Ternyata support dari penonton yang sporting menambahkan semangat kami.

Thank you, supporting audience!!!....

Bersambung


Sunday, 20 January 2013

Sebuah Band . Sebuah Kenangan . part 1

Aku pernah menganggotai sebuah band, band yang dianggotai 6 anak muda ini (dulu) mengembara mencari impian.....


Memulakan perjalanannya selepas aku habis belajar di kolej. Aku bertemu dengan 3 orang rakan yang berminat untuk berkongsi minat yang sama, iaitu muzik.... kemudiannya aku memanggil rakan2 ku dari Sentul, mereka juga berminat untuk menyertai band baru ini.


Setelah kami kenal mengenal antara satu sama lain, kami mula bereksperimen dengan muzik.... Kami mula mencipta lagu sendiri, hanya dengan merekodkan lagu2 melalui sebuah laptop milik rakan karib, di sebuah kedai bundle milik salah satu anggota band kami. Akhirnya kami ada 3 lagu yang siap, walaupun sekadar demo yang x seberapa....namun kami puas. Setelah siap lagu2 tu, pada masa itu jugalah kami upload di Myspace.

Kami banyak mencari peluang untuk menyertai gig2 di sekitar Kuala Lumpur pada mulanya, kerana kami masih mentah dan baru menjinakkan diri.... x berapa confident lagi untuk membesarkan sayap perjalanan muzik kami. Dengan berkat usaha, kami dipanggil oleh sebuah organizer gig yang menjemput kami perform di Annexe, Central Market....berhadapan sebuah cafe yang aku dah x ingat namanya...Setelah beberapa band selesai perform, nama band kami pula dipanggil. Agak gementar dan gemuruh, pada pertama kali menjejakkan kaki kami ke stage, peluh jantan mula keluar dan sedikit mengigil jari jemariku  memegang gitar...


Lagu pertama di persembahkan ...tepukan support dari penonton memeriahkan dan mengurangkan ketakutan kami..... dan dengan tenangnya kami habiskan persembahan lagu2 kami.....sorakan dan tepukan menyelubungi pengakhiran lagu...semakin kuat didengari, semakin kami percaya kepada kemampuan dan bakat sendiri....Kami sangat berterima kasih kepada organizer kerana menjemput dan menyelitkan kami pada hari itu, kami amat gembira sekali.


bersambung......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...